SJ - 2799 : Berkenaan solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2799 : Berkenaan solat

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua ahli forum al-ahkam. Saya ingin mengemukan satu soalan, berkaitan dengan solat. Saya ada terbaca tentang sat hadith, yang dikatakan diriwayatkan dalam Sahih Bukhari; di mana Rasullullah telah dikatakan pernah melakukan solat Zuhur dan Asar secara serentak, dan juga Maghrib dan Isya secara serentak, di mana di kala itu baginda bukan dalam musafir, dan bukan pula dalam keadaan sibuk atau ketakutan(akan tertinggal solat). Saya difahamkan bahawa mereka yang bermazhab Syiah menerima hadith ini, sedangkan rata-rata yang bermazhab Ahli Sunnah tidak menerimanya secara total.Bolehkah diberikan penerangan yang lebih lanjut tentang hukum mengerjakan solat sebegini, dan penjelasan juga tentang hadith yang dimaksudkan. Terima kasih, wassalam.

Re: SJ - 2799 : Berkenaan solat

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr jinbotak dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

--------------
Waktu-Waktu Solat

Ulama' melihat persoalan menghimpunkan ibadat secara longgar merupakan satu kaedah yang bahaya didalam agama. Golongan-golongan tertentu (mungkin Syiah) akan mengambil kesempatan diatas kenyataan ini. Timbullah beberapa persoalan-persoalan seperti : Kenapa kita perlu berpuasa sebulan didalam Ramadhan? Tidakkah kita boleh mengaggihkannya [puasa] kepada bulan-bulan lain? Asas waktu solat telah dinyatakan dialam Firman Allah swt :

[="#ff00000" size="3"]Åä ÇáÕáÇÉ ßÇäÊ Úáì ÇáãÄãäíä ßÊÇÈÇ ãæÞæÊÇ
"Sesungguhnya Solat telah diwajibkan keatas orang Mukmin pada waktunya yg ditetapkan" - [al-Nisaa’ 4:103]

Disana ada keringan/ruhsah yang diberikan kepada Umat Islam yang berada didalam permusafiran, sakit, dan juga apa-apa bentuk kesukaran atau hajat. Ini telah dinyatakan didalam beberapa Hadith (sebagaimana yang Jinbotak nyatakan), dan diantaranya :

[="#800000" size="3"]ÝÞÏ æÑÏ Ãä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÌãÚ Ýí ÛíÑ ÓÝÑ æáÇ ãØÑ¡ ÝÓÆá Ýí Ðáß ÇÈä ÚÈÇÓ ÝÞíá áå: ãÇ ÃÑÇÏ ÈÐáß¿ ÝÞÇá: ÃÑÇÏ ÃáÇ íÍÑÌ ÃãÊå .. æÇáÍÏíË Ýí ÕÍíÍ ãÓáã.
"Sesungguhnya Nabi saw menjama' tanpa bermusafir dan tidak hujan, maka Ibnu Abbas pun telah ditanyakan kepadanya: Apakah maksud perbuatan itu? Kemudian beliau berkata : Dia tidak mahu memberatkan umatnya .. " Hadis dari Shahih Muslim.

----------
Solat Jama' kerana Hajat

Soalan sdr jinbotak ini sebenarnya telah dijawab oleh seorang ulama' yang alim besar Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi didalam buku beliau Fatawa Al-Mua'syarah - Jilid I (1/247). Walaubagaimana pun kami telahpun menterjemahkannya didalam ruangan Fatwa dan Kenyataan Ulamak. Didalam fatwa beliau juga ada menerangkan tentang Hadith yang serupa, yang diriwayatkan oleh Muslim dan lain-lain, melainkan Al-Bukhari dan Ibn Maajah dan bagaimana ia boleh diapplikasikan. Urlnya adalah seperti dibawah ini (diharap dapat membacanya dahulu) :-

Dr Yusuf Al-Qardhawi : Fatwa Solat Jama' kerana Hajat

-----------

Didalam Hadith riwayat Muslim diatas telah menyatakan bahawa Ibn Abbas ra. menerangkan bahawa ruhsah telah diberikan kepada Umat Islam yang berada didalam keadaan atau situasi yang mana ia perlu menjama'kan solatnya.

Apa yang ditekankan oleh Al-Shiekh ialah Solat Jama' kerana Hajat ini hanya boleh dilakukan bagi keadaan-keadaan yang mendesak, seperti mereka yang bekerja sebagai Polis Traffik, Doktor yang sedang menjalankan pembedahan yang lama, pelajar yang sedang menjalani peperiksaan didalam 2 waktu solat yang pendik (musim dingin seumpamannya) dan sebagainya. Al-Sheikh juga menerangkan bahawa perkara Jama' solat kerana hajat ini tidak boleh dijadikan sebagai tabie!!

Mungkin ada yang bertanya, bagaimana dengan Mazhab Syafie? Disini kita nukilkan petikan dari Kitab Ensaiklopedia Feqh Kuwait :

[="#0000ff" size="3"] æÐåÈ ØÇÆÝÉ ãä ÇáÝÞåÇÁ ãäåã - ÃÔåÈ ãä ÇáãÇáßíÉ , æÇÈä ÇáãäÐÑ ãä ÇáÔÇÝÚíÉ , æÇÈä ÓíÑíä æÇÈä ÔÈÑãÉ - Åáì ÌæÇÒ ÇáÌãÚ áÍÇÌÉ ãÇ áã íÊÎÐ Ðáß ÚÇÏÉ .

ÞÇá ÇÈä ÇáãäÐÑ : íÌæÒ ÇáÌãÚ Ýí ÇáÍÖÑ ãä ÛíÑ ÎæÝ , æáÇ ãØÑ , æáÇ ãÑÖ . æåæ Þæá ÌãÇÚÉ ãä Ãåá ÇáÍÏíË áÙÇåÑ ÍÏíË ÇÈä ÚÈÇÓ ÑÖí Çááå ÚäåãÇ ÞÇá : { Åä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÌãÚ Èíä ÇáÙåÑ æÇáÚÕÑ æÇáãÛÑÈ æÇáÚÔÇÁ ÈÇáãÏíäÉ ãä ÛíÑ ÎæÝ æáÇ ãØÑ } ÝÞíá áÇÈä ÚÈÇÓ áã ÝÚá Ðáß ÞÇá : ÃÑÇÏ Ãä áÇ íÍÑÌ ÃãÊå .


"Beberapa Fuqaha', diantaranya dari kumpulan-kumpulan Maliki, Ibn Al-Monzir dari Al-Syafie, Ibnu Sirin dan Ibnm Syubramah - menyatakan bahawa dibenarkan Jama' kerana hajat dan tidak dijadikannya sebagai Tabiat.

Berkata Ibn Al-Monzir : Dibenarkan jama' didalam bandar tanpa takut, tanpa hujan, dan tanpa sakit. Dan itu adalah pandangan jamaah dari Ahli hadith, dari hadith Ibn Abbas ra. {Sesungguhnya Nabi saw menjama'kan Zohor dan Asar, Nargrib dan Isya' di Madinah, tanpa sebab takut dan tidak pula Hujan}, Berkata kepada Ibn Abbas ra. : "Apakah maksudnya perbuatan begitu?" Beliau berkata : "Beliau tidak mahu memberatkan umatnya"}

--------------
Kesimpulannya, Solat telah ditetapkan pada waktunya. Walaubagaimana keringanan telah diberikan kepada mereka yang bermusafir dan juga mereka-mereka yang mempunyai halangan-halangan yang tertentu. Amalan-amalan Ibadat yang diterangkan oleh Hadith, perlulah dilihat syarah-syarahnya didalam Kitab-Kitab Fiqh yang muktabar dan juga fatwa-fatwa para ulama' yang berotoriti. Wallahu'alam

-wassalam-

-------------
Rujukan :

1] Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatawa Muasyirah - I. cetakan ke 9. Kaherah : Dar Al-Qalam, 2001, ms 247

2] Fatwa mufti islam Online. [="#800000" size="4"]ÌãÚ ÇáÕáæÇÊ ÈÓÈÈ ÇáãÙÇåÑÇÊ url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=93379

خيرالأمين