SJ-05-0188 : Menghadap Kiblat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0188 : Menghadap Kiblat

:salam

Baru2 ini seorang saudara menyatakan bahawa beliau ada mendengar kuliah agama drp seorang Ustaz yg bertauliah mengajar kursus haji. Ustaz berkenaan menyatakan tidak sah solat sekiranya kedudukan semua anggota kita tidak berada betul2 tepat dgn posisi kaabah di Makkah. Malah ust ini mengumpamakan dirinya yg sentiasa membawa "kompas" untuk menentukan arah kiblat. Malah kata ust itu lagi, keadaan badan kita ketika bangun dari sujud pun boleh jadi mengiring dan menyebabkan badan kita tidak berada mengadap kiblat (serong) seterusnya boleh menyebabkan solat tidak sah. Saya ragu2 sangat dgn kenyataan ini.

:wassalam

SJ-05-0188 : Menghadap Kiblat

:salam

Sumber Al-Baraa’ katanya: “Di kala mula datang ke Madinah, Rasulullah s .a. w. bersembahyang dengan mengadap ke pihak Bait Al-Maqdis, selama enam atau tujuh belas bulan (untuk menarikkan orang-orang Yahudi); dan adalah Rasulullah s.a.w. gemar mengadap ke Ka’bah; kerana itu Allah ‘Azza Wa Jail menurunkan Ayat: “Qad nara ... al-haraam. Sungguhnya Kami nampak muka engkau berbalik-balik ke langit (kerana inginkan perintah berhadap ke Ka’bah), maka Kami palingkan engkau ke kiblat yang engkau gemari .“[Al-Baqarah:144]; maka beliau s.a.w. pun mengadap ke Ka’bah; dan adalah beliau menggemari demikian.”[HR Tirmidzi]

Imam asy-Syafi'i dalam al-Umm berpendpt bhw sekiranya seseorang itu dpt melihat ain kaaah itu, maka wajib ke atas dirinya utk mengadap kiblat dgn sempurna. Sekiranya tidak dapat lihat dan jauh dari Kaabah, maka memadailah dgn sekira2nya mengadap ke arah kaabah itu. Dan ijtihadnya utk mengadap kiblat itu adalah kefardhuan. Oleh krn ia ijtihad, maka kesalahan yg berlaku ke atasnya sekiranya tidak diketahui, maka ia diampunkan Allah swt. WA.[Bahrul Madzi]

:wassalam