SJ-05-0532 : Mengulang-ulang bacaan ayat di dalam solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0532 : Mengulang-ulang bacaan ayat di dalam solat

:salam

Panel feqh Al-Ahkam.net yg dihormati.

Bolehkah seseorang mengulang-ulang
(1) sesuatu ayat al-Quran ketika membacanya di dalam solat atau
(2) beberapa perkataan di dalam ayat ketika solat.
disebabkan oleh khusyuk dengan ayat2 itu?

Bbrp contoh bagi (1):
- mengulang2 ayat penuh "iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'iin" dlm surah al-Fatihah
- mengulang2 ayat penuh "ihdina ssirat al-mustaqiim" dlm surah al-Fatihah

Bbrp contoh bagi (2):
- Seseorang membaca ayat terakhir surah al-Baqarah, dia mengulang2 ayat pendek "anta maulana" dlm surah al-Baqarah bbrp kali, disambung "fansurna 'alal qaumil kaafirin" bbrp kali pula.
- mengulang2 ayat pendek "hasbiyALLAH" (tak ingat dr surah apa), kemudian diteruskan dengan "hasbiyALLAHU la ilaha illa HUA 'alaiHI tawakkaltu..." hingga akhir.

Adakah ini dibenarkan samada bagi yg solat bersendirian atau yang menjadi imam?

Mohon pencerahan yang berbahagia panel AAN sekalian. Terima kasih :)

Re: Mengulang-ulang bacaan ayat di dalam solat

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar yang upaya, InSyaAllah.

Fuqaha berpandangan bahawa tidak menjadi masalah untuk seseorang itu mengulangi surah yang sama atau ayat yang sama beberapa kali didalam solat. Diriwayatkan oleh Abu Zarr berkata :

قَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِآيَةٍ حَتَّى أَصْبَحَ يُرَدِّدُهَا ، وَالآيَةُ : ( إِنْ تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ وَإِنْ تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ )“Nabi :saw berdiri membaca sepotong ayat dan mengulangi sehingga datang pagi : "Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu; dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" (al-Maaidah : 118)” [Hadith Riwayat al-Nasaai dan Ibn Maajah].

Diriwayat oleh Abu Saed al-Khudri ra :-

أَنَّ رَجُلا سَمِعَ رَجُلا يَقْرَأُ : ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ) يُرَدِّدُهَا ، فَلَمَّا أَصْبَحَ جَاءَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ ، وَكَأَنَّ الرَّجُلَ يَتَقَالُّهَا ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ ) .
“bahawa ada seseorang lelaki mendengar seorang lelaki yang lain membaca : Qulhu Allahu Ahad berulang kali, maka pada esoknya telah mendatangi Rasulullah :saw menceritakan perkara tersebut kepada beliau, dan seolah-olah lelaki tersebut tidak memikir masak-masak mengenainya. Nabi :saw bersabda : Yang diriku dibawah tangannya, sesungguhnya ia menyerupai 1/3 al-Quran” [Hadith riwayat al-Bukhari].

Dari dalil diatas, tidak salah mengulangi sesuatu surah ataupun ayat didalam solat. Cuma peristiwa ini membayangkan perasaan Taqarrub seseorang dengan Allah swt didalam solat malam .

Namun demikian, pernah suatu ketika kami bersolat dibelakang Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi ha. dimana beliau mengulangi beberapa kalimat didalam ayat terakhir surah al-Baqarah ketika mengimami solat Maghrib. WA.

خيرالأمين