SJ-11-0144 :Sedikit lagi mengenai zakat pendapatan..fr Japan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0144 :Sedikit lagi mengenai zakat pendapatan..fr Japan

Assalamualaikum,
Saya kini tinggal di Jepun. Ada sedikit nak tanya mengenai zakat pendapatan. Sepanjang saya tinggal di sini, pendapatan saya di Malaysia masih saya terima, dan saya juga terima biasiswa bulanan dari Kerajaan Jepun. Soalan-soalan saya...

1) Jadi bagaimana saya nak kira zakat saya kerana ada 2 matawang yang berlainan. Adakah saya perlu pecahkan pendapatan di Malaysia yg disimpan di bank Malaysia dibayar zakat ikut kadar nisab Malaysia, dan zakat pendapatan 2.5 % itu dikira dalam RM. Manakala pendapatan saya di Jepun dikira ikut kadar nisab di sini dan dizakat 2.5 % mengikut nilai Yen Jepun. Atau saya tukar nilai RM yg disimpan di Malaysia menjadi Yen Jepun, lalu dicampurkan kesemua nilai2 pendapatan saya di Malaysia dan Jepun dalam matawang Yen Jepun sahaja dan diambil 2.5 % daripadanya?

2) Dalam website Pusat Zakat Selangor http://www.e-zakat.com.my ada 3 kaedah pengiraan zakat. Jadi saya perlu pilih kiraan kaedah yang mana, atau saya boleh pilih mana2 yg saya suka??? Yg ni saya agak keliru…

3) Jika saya mahu bayar zakat pendapatan tahun ini pada Syawal 1428H, adakah pendapatan saya dari Syawal 1426 sehingga ke Ramadhan 1427 sahaja yg dikira supaya pendapatan setiap bulan cukup haul pada Syawal 1428 ini?

SJ-11-0144 :Sedikit lagi mengenai zakat pendapatan..fr Japan

:wassalam

al-Jawab:

Terimakasih kerana bersabar menunggu giliran anda mendapat jawapan, kelewatan kami bukanlah disengajakan.

1) Cara terbaik mengira zakat anda ialah mencukupi zakat simpanan sahaja bagi pendapatan anda di Malaysia kerana anda mungkin tidak menggunakannya langsung kerana gaji itu terus masuk ke bank di Malaysia. Manakala biasiswa kerajaan Jepun kemungkinan selepas ditolak kos sara hidup kemungkinan tidak cukup nisab. Jika anda secara aktif menggunakan wang gaji anda dari Malaysia, maka pendapatan anda keseluruhannya hendaklah dikira secara keseluruhan, gaji RM dan biasiswa Yen. Jika anda ingin mengeluarkannya di Malaysia, convert keseluruhannya dalam RM. Ini kerana kadar kemiskinan di Malaysia jauh lebih tinggi dari Jepun, maka fiqh awlawiyatnya, afdhal dikeluarkan di Malaysia.

2) Pendapat yang rajih menurut al-Qardhawi, pendapatan berzakat ialah pendapatan yang bersih setelah ditolak perbelanjaan asas (Fiqh Zakat, Beirut: Mu'assah Risalah. 1/519)

3) Zakat pendapatan (gaji) tidak memerlukan haul, kata al-Qardhawi. maksudnya ia boleh dikira dan ditolak secara berkala melalui potongan gaji. Jika zakat simpanan, bank berasaskan syari'ah akan menolaknya secara otomatik. sekian