SJ-12-0106 : adakah jatuh zihar?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0106 : adakah jatuh zihar?

Assalammualaikum,

Saya ingin bertanya kepada pihak ustaz berhubung permasalahan yang dihadapi.Adakah jatuh zihar bagi situasi seperti ini:

Seorang rakan bertanya dengan seorang lelaki,siapakah wanita di dalam gambar ini? Si lelaki tersebut menjawab"Itu gambar adik aku".Padahal gambar wanita yang dikatakan oleh lelaki tadi adalah gambar isterinya.Adakah jatuh zihar bagi situasi ini?Saya keliru dan benar-benar memerlukan jawapan daripada pihak ustaz kerana khuatir dengan keadaan ini..

Dan adalah jatuh zihar dengan menggelarkan isterinya makcikku atau mama semasa bercakap dengan rakan - rakan.

SJ-12-0106 : adakah jatuh zihar?

:wassalam

aJawab:

Zihar ni dalam bahasa Arab bererti ' punggung'. Dalm kontek fiqh Munakahat ialah menyamakan isteri dengan mahramnya (khususnya ibunya)

Lafadz yg standard ialah: Mulai sekarang, engkau kepada aku adalah seperti ibuku."

Tujuan orang arab mengucapkan kalimah zihar ialah utk mendera dan menyiksa isterinya kerana ia adalah lafaz cerai tergantung. bila Islam datang, ia menetapkan zihar bukanlah cerai tapi satu kenyataan mungkar dan orang yg melafadzkan hendaklah membayar kaffarat.

Ungkapan si suami kepada rakan2nya bukanlah zihar. Tambahan pulak si suami masih menyintai isterinya. Zihar berlaku bila suami sudah membenci isterinya.

sekian