SJ-13-0101 mana awla:hadiri majlis ta'lim atau aca al-QUran?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0101 mana awla:hadiri majlis ta'lim atau aca al-QUran?

AsSalamu'alaykum

Saya ingin mengetahui pendpt ustaz tentang keutamaan menghadiri majlis ilmu berbanding membaca Al-Quran.
cthnye jika selepas solat maghrib diadakan majlis ta'lim @ tazkirah di surau. walhal pada ketika itu kebiasaannya sy mengaji dan mengulang hafazan saya.

apabila sy bertanyakan kpd ustaz & sahabat2 yg sy rasa arif, kebanyakannya mengatakan menghadiri majlis ta'lim lebih awla krn menuntut ilmu itu wajib. (kalau x hadiri mmg akan dipandang serong)
tetapi, setahu sy, me'maintain'kan hafazan juga wajib sedangkan sy sbg pelajar kdgkala tak punya masa utk mengulang hafzan pd waktu selain slps solat subuh dan maghrib krn terikat dgn pelbagai aktiviti di kolej.

mohon komentar...

Re: mana lebih awla: hadiri majlis ta'lim atau membaca al-QU

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan Ibnatul_Khazini dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Dilihat dari segi keutamaan, menuntut ilmu2 Islam itu wajib hukumnya, manakala menghafalan al-Quran itu sunat. Ibn Taimiyah rh didalam al-Fatawa al-Kubra mengatakan bahawa yang di tuntut daripada al-Quran ialah memahami makna dan mangamalkannya, dan jika kita bukan dikalangan ahli ilmu agama, tidaklah menjadi keutamaan menghafal al-Quran, tetapi digalakkan.

Menyentuh persoalan hukum lupa hafalan al-Quran, bolehlah merujuk kepada URl berikut :-

SJ - 3186 : [G] SAHIHKAH - Lupa hafalan Al-Quran, berdosa be
http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=23205

Ibn Taimiyah rh didalam menjawab persoalan (no:194) "Yang mana yang menjadi keutamaan: mempelajari al-Quran atau menuntut ilmu?", beliau menjawab :

ÃãÇ ÇáÚáã ÇáÐí íÌÈ Úáì ÇáÇäÓÇä ÚíäÇð ßÚáã ãÇ ÃãÑ Çááå Èå æãÇ äåì Çááå Úäå Ýåæ ãÞÏã Úáì ÍÝÙ ãÇ áÇ íÌÈ ãä ÇáÞÑÂä ÝÅä ØáÈ ÇáÚáã ÇáÃæá æÇÌÈ æØáÈ ÇáËÇäí ãÓÊÍÈ æÇáæÇÌÈ ãÞÏã Úáì ÇáãÓÊÍÈ
"Bagi ilmu yang wajib (dituntut) keatas manusia adalah seperti ilmu perintah Allah keatasnya dan apa yang dilarang Allah, melakukan hafalan al-Quran tidaklah wajib keatasnya, kerana sesungguhnya isu yang pertama iaitu menuntut ilmu hukumnya wajib, isu yang keduanya (hafalan) adalah mustahab (sunat); wajib mendahului mustahab (sunat). " [al-Fatawa al-Kubra 2/191].

Diharap anda boleh memberi prioriti / keutamaan didalam mempelajari ilmu2 Islam. :aklam

wassalam
===========
Rujukan :

1. Syeikh al-Imam Ibn Taimiyah. al-Fataawa al-Kubra - 2 (Kitaab al-zikr wa-al-duaa'). Takhqiq wa taliq - Abdul Karim Muhammad. Kaherah : al-Maktabah al-Tawfiqiyah, [t.t.].

خيرالأمين