SJ-13-0341 : Lrngn pkai cincin di jari hntu & tlunjuk,pa

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0341 : Lrngn pkai cincin di jari hntu & tlunjuk,pa

SALAM,

SAYA TERJUMPA ARTIKEL INI DI INTERNET, BENARKAH PERKARA INI ATAU SATU LAGI HADIS PALSU REKAAN SYIAH.....

Quote:
Rasulullah s.a.w. ada mengingatkan menantunya Sayidina Ali k.w. sebaik mengahwini puteri baginda Sayidatina Fatimah r.ha. Baginda berpesan kepada Sayidina Ali, jika memakai cincin, pakailah di:

1. Jari manis
2. Jari kelingking.

Rasulullah s.a.w. menegah memakai cincin pada jari tengah ( jari hantu ) dan jari telunjuk. Kenapa? Kerana ia menyamai cara kaum Nabi Lut berhias. Kaum Nabi Lut itu ialah kaum dilaknati Allah kerana derhaka kepada-Nya.

MOHON PENCERAHAN...........

SJ-13-0341 : Lrngn pkai cincin di jari hntu & tlunjuk,pa

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Larangan memakai cincin pada dua jari; telunjuk dan tengah (jari hantu) adalah sahih daripada Nabi SAW.

Iaitu dalam Sahih Muslim daripada Ali r.a. katanya: "Nabi SAW melarang aku memakai cincin pada dua jari ini dan ini" sambil menunjukkan kepada jari tengah dan telunjuk.

Perbahasan lanjut boleh dilihat jawapan Ust Haji Kamin: http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=34271

Cuma menisbahkan amalan itu kepada kaum Nabi Lut, setakat ini kami hanya menemuinya dalam sumber-sumber syiah. Kononnya ia termasuk dalam wasiat-wasiat Nabi SAW kepada Ali r.a.

Wallahu A'lam.