SJ - 2989: [Z] 200 orang isteri

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2989: [Z] 200 orang isteri

:salam
Riwayat mengatakan saidina Hussin r.a mempunyai 200 orang isteri, juga ada sahabat yang ada 80 isteri; kawin sekali empat dan ceraikan sekali empat pada waktu yang sama.
Bagaimanakah kedudukan riwayat2 ini?

Re: 200 orang iseri

:salam

Riwayat ini tidak ada sandaran. Apabila Muhammad S.A.W diutuskan dengan turunnya ayat poligami, "...kahwin 2,3 dan 4 dan sekiranya kamu takut tidak berlaku adil, berkahwinlah satu..." (An-Nisaa': ayat 3).

kalaupun sahabat mempunyai lebih dari 4 orang isteri, ia adalah sebelum ia masuk Islam spt yg tertera dlm hadith berikut. Ini kerana syariat sblm Islam membenarkan berkahwin lebih dari 4. Diberitakan bahawa Nabi Daud A.S mempunyai ramai orang isteri. Apabila syariat islam datang, ia memansuhkan dan melimitkan kpd 4 sahaja.

Diriwayatkan dari Salim R.A bahawa bapanya telah berkata bahawa Ghilan bin Salamah Ath-Thaqafi mempunyai 10 orang isteri dan beliau memeluk Islam. Baginda S.A.W bersabda kpdnya: “Pilih 4 dari mereka dan ceraikan yg lainnya.” (Riwayat Ahmad, manakala Ash-Shafi`i, At-Tirmidhi, Ibn Majah, Ad-Daraqutni dan Al-Bayhaqi hanya menyebut: "pilih 4 dari mereka")

Riwayat Cucu Rasulullah S.A.W mempunyai 200 isteri adalah tidak masuk akal kerana semasa beliau mencapai umur baligh syariat Islam telah sempurna (al-yaum akmal tulakum deenakum...-al-maidah).

:wassalam

Re: SJ - 2989: [Z] 200 orang isteri

:wassalam
Komentar:

Benda-benda begini tak payahlah diajukan pada Ahkam. Kita buat self-filteration aje (penapisan kendiri). Mana-mana riwayat yg bercanggah dgn AQ dan asSunnah secara jelas, maka otomatik masuk trash (bakul sampah). Maksudnya sudah almaklum dalam ajaran agama kita, lelaki hanya boleh kahwin 4 sahaja (maksimum), maka jika ada mangkuk hayun yg menyampaikan riwayat sahabat ada 200 isteri, maka itu adalah riwayat yg dusta dan keji. Penapisan kendiri ini mustahak dalam perkara2 yg basik aje. Cth yg lain: ada riwayat mengatakan Haji cukup di rumah guru kita aje, menyamai ke Mekah. Ini pun kena dibakulsampahkan, sah ajaran sesat. JKK pada Ust Z. WA