SU-00148: Solat jamak & qasar

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00148: Solat jamak & qasar

:salam

Saya ada dua soalan tentang solat jamak & qasar dan solat jumaat:

1- Saya tinggal di k.trg bersama suami saya. Apabila saya dan suami saya pulang ke rumah ibubapa saya di Temerloh biasanya kami singgah sebentar di rumah nenek saya di Kuantan. Kadang2 singgah untuk bermalam di sana. Soalan saya: bolehkah kami solat jamak & qasar di rumah nenek saya itu? Adakah status tempat tinggal nenek saya itu macam watan hakiki saya juga? Macamana dgn suami saya?

2- Saya ada terbaca bahawa jika seseorang lelaki bermusafir sebelum terbit fajar dia tidak diwajibkan solat Jumaat, tetapi jika selepas terbit fajar dia wajib solat jumaat. apakah alasan untuk dibezakan antara sudah terbit fajar atau belum terbit fajar lagi dlm permasalahan hukum ini? :confused:

:wassalam

Re: SU-00148: Solat jamak & qasar

:salam

1) Definisi watan hakiki ialah tanah air asal seseorang itu. Di mana di situ dia dibesarkan dan terdapat kaum keluarganya di situ(Fiqh Islami Jil 2). Jadi merujuk definisi ini, Temerloh adalah watan hakiki sdr. Manakala rumah nenek sdr itu bukan. Oleh krn itu, boleh dilakukan solat qasar di situ.

2) Benarlah terdapat pendapat demikian. Dan perkara ini pernah dibahaskan. Sila ke URL berikut:
BEPERGIAN PADA HARI JUM’AT

:wassalam