Pelbagai Soaljawab dan masalah Islam

  • Assalamualaikum wbt diucapkan kpd warga al-ahkam.

    Sudah lama rasanya saya tidak log in ke website al-ahkam nie. Selalunya saya just surf seperti biase tanpa meng log in.

    Sebelum saya menengemukakan soalan saya, saya memohon ribuan kemaafan sekiranya soalan saya nie adalah soalan berulang.

  • Assalamualaikum.....
    Saya nak tahu, bila anak dilahirkan kembar yang mana satu adik atau abang - yang lahir dulu tu abang atau adik? Jika ikut orang tua kata yg keluar dulu tu adik sbb abang dia mengalah, suruh adik keluar dulu. betul ke? kalau ikut islam cam na? ada tak diterangkan dalam mana-mana kitab?

    terima kasih.

  • Assalamualaikum....

    :? Ana ada sedikit persoalan agama seperti berikut:-

    1. Apakah bacaan semasa semasa menyapu muka dengan tangan kanan selepas memberi salam kedua dalam solat ? Adakah ia diharuskan dalam mazhab Syafie ?

    2. Adakah benar amalan menyapu muka selepas tahiyyat tidak ada dalam amalan sunnah ?

    2. Apakah hukum menggantung / mem"frame" gambar diri sendiri, keluarga, pemimpin, ulama sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia dengan niat tidak mengagungkan gambar tersebut ?

    Wallahua'lam

  • Asm, saya dan seorang kawan bercadang mengujudkan satu aplikasi komputer utk terjemahan alquran dalam versi melayu (versi english sudah sedia). Kawan saya tersebut meminta saya membuat salinan terjemahan melayu tersebut yg mana katanya mempunyai 6236 ayat (mengikut terjemahan english yg telah dibuat beliau).

    Selepas siap disalin saya dapati semua ayat berjumlah 6240 ayat. Setahu saya alquran mengandungi 6666 ayat. Boleh saudara/saudari bantu saya.

    Untuk makluman terjemahan tersebut saya perolehi dari laman quran.al-islam.com

  • Assalamualaikum,

    Saya ingin bertanya. Di dalam Al-Quran, ada disebutkan bahawa nabi Isa mengkhabarkan akan datang diutus lagi seorang rasul bernama Ahmad sedangkan nama Rasulullah s.a.w ialah Muhammad. Dan mungkin nama Ahmad inilah yang dipegang oleh orang kafir tetapi Rasulullah s.a.w bernama Muhammad oleh itu,mereka tidak mengiktiraf kerasulan baginda. Adakah betul nama Ahmad itu ada di dalam Al-Quran?

  • :salam

    saya ingin bertanya pada ahli panel..
    mungkin soalan ni ganjil bunyinya..

    kata2 yg slalu kita dengar "cinta itu buta"..
    adakah ianya sabda nabi?
    sebab saya seolah2 pernah terbaca bahawa ini sabda nabi..
    minta di clarify kan dr pihak panel yg arif..

    Jazakillah

  • Assalamualaikum semua,

    Saya ingin memeinta penjelasan lanjut mengenai riwayat yang mengatakan tuntutan Saidatina Fatima ra, menegani haknya keatas kebun rasullulah yang telah menjadi perbincangan antaranya dengan khalifah Abu Bakar dan Omar ra yang mengatakan menurut hadith bahawa rasullulah tidak meninggalkan harta waris, bahawa harta waris nabi semuanya wakaf.

    Apakah kesudahan peristiwa tersebut.

    JKK

  • assalamualaikum,
    adakah benar bahawa islam melarang mmakai cincin di jari tengah,memakai pakaian warna kuning/oren????kenapa ia dilarang?mana dalil2nya?
    sekian

  • ada yg mengatakan hadith mu'az bin jabal, hadith menceritakan bagaimana mu'az mengambil sumber hukum bila dihantar ke yaman sebagai gabenor, dhaif.
    ini adalah kerana taraf quran dan sunnah adalah sama, bukannya quran dulu kemudian barulah sunnah.
    saya ingin pastikan kebenaran dakwaan ini, benarkah ustaz? jika benar apakah hujjahnya dan rujukannya? jika salah apakah hujjahnya dan rujukannya?

  • apakah status hadith yg mngatakan ada 7 tempat yg dilarang mlakukan solat?adakah ianya maudu'?dan kenapa sekiranya hdth itu tak sah ia masih dijadikan hujah dalam byk tulisan2 di kedai2 buku?ianya adalah satu pmbohongan keatas nabi saw...
    minta pandangan....