Air, bersuci dan najis

  • Salam, ustaz...

    merujuk kepada link berikut :

    http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=32738&sid=559445e19e5be936a30a69271b9fcde4

    soalan saya : Adakah suruhan Rasulullah membersihkan jilatan anjing dengan tanah (samak) adalah suatu pilihan? maksud saya, boleh jugakah digunakan ditergent/sabun menggantikan tanah kemudian diikuti basuhan 6 kali?

  • :salam

    Haritu beli tisu ada tulis ingredient "steryl alcohol". Boleh ke nak guna/adakah najis?

    Bagaimana pula dengan alkohol pencuci monitor komputer contohnya, adakah najis/tak najis?

  • :salam

    Seperti kita tahu wang syiling dan kertas beredar di sekeliling masyarakat baik imam masjid, tukang sembelihan ayam, penjual daging babi, penjual sayur dsb.

    Adakah duit perlu dipastikan kesuciannya sebelum dibawa ke dalam solat? Atau mengambil hukum zahir sahaja (yakni tidak mengambil pendirian ekstrim).

    :wassalam

  • :salam

    Kalo berendam dalam air/tab yang kurang 2 kolah, time berendam lak mesti ruang dubur terbuka sedikit.

    Kira macam mana air rendam tu (kes mandi dalam tab di spa).

  • :salam

    Kalau kita beli barang di kedai, beli barang bukan makanan macam cat, gam, dsb apakah hukum asas barang tersebut.

    Sebab macam confuse sikit, kita diminta berwaspada terhadap barang-barang kegunaan kita, tetapi dalam masa yang sama diminta untuk tidak menyelidik/terlampau berhati-hati.

    -Seriau kalau barang import i.e gam, dakwat pena dll.

    :wassalam

  • salam..
    saya ingin bertanya, bagaimana sekiranya najis mutawassitah seperti air kencing terlekat di kain kemudian org yg t'kena tersebut ddk pula di tmpt lain tanpa menyucikannya slps itu, keesokkannya dia kembali ddk di situ. kini, najis itu telah pon kering malahan tiada pula rasa,bau atau warna yg masih ada namun bgaiman pula dgn org lain yg tlah ddk di tmpt itu? adakah dia prlu menyucikan pula pakaiannya?

  • :salam

    Isteri saya ada bela ikan dalam balang.. dan seperti kita tahu ikan buang najis dalam air (sudah tentu...).

    Soalan saya;

    Air dalam balang tu jadi najis ke tak?

  • Assalamualaikum,

    Saya mohon bantuan.
    Apakah cara yang mudah untuk menghilangkan najis anjing di ruangan garaj kereta. Kawasan tersebut berbumbung, jadi tiada hujan akan membasahi dan mengalirkan najis tersebut.

    Najis tersebut kering dan telah pecah kepada serpihan dan serbuk kecil serta telah terpelanting ke serata lantai garaj. Sekiranya disapu, akan ada serbuk/serpih yang mungkin terpelanting dan mengenai tempat2 lain.

    Adakah perlu disertu?

    Terima kasih

  • persoalan saya seperti yg ditanyakan di sini:

    http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=5843.html

    Salam.
    
    Sheikhs, apabila berwudhu, apabila pertama kali muka dibasuh, ada bahagian tangan yang terkena gel rambut.
    
    Soalan sy, kesan2 gel rambut pada tangan yang bercampur dgn air mutlak, adakah boleh dibut wuduk? Sebab perasaannya bagai 'meratakan air gel', bukan air mutlak.
    
    Bagaimana?
  • Assalamualaikum ustaz,

    ustaz, saya ada terbaca satu jawapan yg diberikan dalam forum ini tentang jilatan anjing yang hanya perlu disertu adalah jilatan pada bejana sahaja? maksudnya, sekiranya anjing menjilat anggota badan kita atau peralatan lain (kereta etc) selain daripada bejana, maka ia tidak perlu disertu? betulkah pemahaman saya ini ustaz?

    bolehkah ustaz sertakan bersama penerangan dr yusuf qaradawi dalam fiqh taharah mengenai masalah jilatan anjing ini untuk pemahaman lanjut. Terima kasih ustaz.