Sembahyang jamak dan qasar

  • boleh ke jika ana bermusafir dan haritu hari jumaat.sebelum solat jumaat ana dah niat nak jamakkannya dengan solat asar...bolehkah demikaian??
    satu lagi ana keliru apa makna watan hakiki?...contoh jika ana asal kelantan,dan ana lahir kat kelantan,so watan asli ana adalah kat kg ana kan,so jika ana p belajar kat pj,adakah tempat ana belajar tu dikira watan hakiki..??

    minta komentar

  • Assalamualaikum,

    Saya ingin bertanya kpd ikhwah semua tentang isu berikut:

    Setiap hari, saya perlu travel dari rumah ke tempat kerja sejauh 200 km (pergi-balik).

    Kalau mengikut syarat-syarat yg membolehkan solat jamak & qasar; iaitu jarak (melebihi 2 marhalah) dan niat (pergi cari rezeki) saya rasa dah boleh jamak & qasar.

    Cuma kegusaran saya hanya kerana kekerapan melakukan jamak & qasar.

    Jika berpegang kepada syarat ini, dalam seminggu hanya Sabtu & Ahad sajalah saya dapat bersolat secara biasa.

  • A bekerja dan tinggal bersama isteri kedua di KL. Setiap hujung minggu A akan pulang ke Perak untuk menjalankan tanggungjawab terhadap isteri pertama pula. Boleh ke A mengerjakan solat jamak/qasar sepanjang berada di rumah isteri pertama ?

  • :salam

    1stly...saya mohon maaf sekiranya soalan ini berulang...sekiranye berulang, saya harap pihak panel fiqh al-ahkam dpt tunjukkan link ke jawapan soalan tersebut.

    Selalunya...apabila berada dlm kapal terbang utk pulang ke tanah air...ataupun sewaktu melancong menggunakan keretapi dlm package europe tour...yg kedua-dua keadaan tersebut selalunya mengambil masa yg agak lama utk satu2 perjlnan....selalunya kami melakukan solat jamak dan qasar dlm keadaan duduk di kerusi masing2.

  • AsSalamu'alaykum

    katakan di dlam kapal terbang sudah didirikan solat zohor dan asar (jamak taqdim)krn masuknya waktu zohor. apabila tiba di destinasi, zohor baru shj masuk atau akan/hampir masuk. apakah perlu diulangi solat zohor tersebut (dan juga asar)?

  • :salam

    1. Berapa jarak yang disepakati ulama' Syafi'ie untuk membolehkan solat jama' dan qasar dilakukan?

    2. Berapa harikah yang dibolehkan bagi seseorang musafir untuk melakukan solat jama' jika dia bermusafir dan bermalam di satu tempat selama empat malam lima hari?

  • :salam

    Maaf jika soalan berulang...tapi dah usaha cari dlm arkib...tp tak berjumpa plak...

    Cam nie...menurut pengetahuan saya yg cetek nie...ngaji dah bab nie...tp tak itqan bebenorr...

    1) Kalo kita safar sebelum terbit fajar(maknanya sebelum subuh)...kita terlepas kewajipan solat jumaat....Betul ker???...kita bleh solat jamak dan qasarkan solat zohor dan asar....

  • Tuan, adakah masa antara 2 solat jamak Taqdim/taakhir. bolehkah ia dilakukan berselang dengan jarak masa yang lama atau pekerjaan lain atau wirid atau doa?.
    Sila nyatakan tempoh dan dalilnya. Terimakasih.

  • Assalamualaikum...
    Saya sudah memahami sedikit-sebanyak perkara jama' dan qasar tapi adakah perlu diqadha solat yang mana saya lakukan dalam keadaan jahil dahulu seperti kerap kali saya jama'kan dan qasar dalam keadaan yang dikenali al-watan asli. Saya makin risau sebab ramai saudara-mara yang tak ketahui keadaan yan sebenar dan apa yg sy perlu lakukan.
    Jasa baik saudara penal hanya Allah jua yang membalasnya.
    Wassalam.

  • :salam

    Di sini saya ada beberapa persoalan yang saya kurang pasti..harap ust dapat membantu saya..