Sembahyang jamak dan qasar

  • 1. Bolehkah kita melakukan solat qasar & jamak setibanya di rumah dari perjalanan jauh (lebih dari 2 marhala/lebih dari 100km)?
    2. Bolehkah kita melakukan solat qasar & jamak di rumah/masjid dekat rumah, sebelum memulakan perjalanan jauh (lebih 90km)?

  • 1. Bolehkah kita melakukan solat jamak Zhohor & Asar dengan melakukan solat qasar (2 rakaat) pada solat Asar sahaja tapi solat Zhohor 4 rakaat & sebaliknya?
    2. Bolehkan kita melakukan solat jamak & qasar mengikut imam yang solat tamam (eg. solat Zhohor 4 rakaat berjemaah dengan imam yang solat tamam bila masuk waktunya dimasjid & kemudian, setelah selesai, kita bangun melakukan solat Asar qasar 2 rakaat sendirian)? Bagaimana pula kalau kita, setelah selesai berjemaah, bangun semula & melakukan solat Asar tanpa qasar?

  • Assalamualaikum WBT,

    1) Seseorang merupakan bermastautin di Johor Bahru, bekerja di Kuala Lumpur dan bermukim di KL 3 tahun lamanya (belum bercadang utk tinggal tetap di KL), berniat utk musafir selama 3 hari di JB (balik kg). Apabila beliau telah menjejaki Johor Bahru, bagaimana statusnya? Masih musafir atau telah menjadi mukim utk tempoh 3 hari itu? Masihkah dibolehkan utk menjamak dan qasar solatnya setelah ia tiba di JB utk tempoh 3 hari itu?

  • Merujuk kepada SJ - 63, ustaz Zain y.s telah menjawab pertanyaan netter:

    Dalam masalah yg dikemukakan, kalau dia seorang yang bermusafir yang dibenarkan jamak sembahyang. Dia tidak boleh menjamakkan maghrib dengan Isyak lagi. Sebab apa? Bagaimana boleh dia menjamakkan maghrib dengan Isyak, kerana dia sudah berada dalam waktu Isyak! Sembahyang Isyak seperti biasa atau mengqasarkannya.

    Soalan saya:

  • assalamualaikum Wmt Wkt

    Saya dah masuk arkib untuk cari jawaban tentang soalan saya tapi tak jumpa iaitu " adakah wajib solat Asar jika seseorang sudah solat jamak taqdim, dan sampai di rumahnya sebelum masuk waktu Asar dan masa yang ada masih banyak

  • Assalamualaikum...

    Selamat menyambut Aidil Fitri dlm masa 2-3 hari lagi kepada semua warga Al-Ahkam. Terus kepada soalan :-

  • :salam
    Katakan saya tinggal di kawasan Masjid Tanah bercadang ke Port Dickson sejauh lebih kurang 50 km untuk tinggal dua hari. Di hari kedua saya bercadang ke Kuala Lumpur jarak lebih kurang 60 km dari Port Dickson untuk tinggal 2 hari pula. Soalan saya :
    1) Boleh ke saya jamak di Kuala Lumpur sedangkan saya dari Port Dickson yang jaraknya hanya 60 km? Saya bercadang ke Kuala Lumpur semasa di Port Dickson bukan semasa di rumah saya di Masjid Tanah.

  • :salam
    saya browse through arkib, dan rasa2nye x jumpa jawapan masalah nih...kalau ada, tolong reply...
    apa2pun, soalan saya adalah:

    - benarkah bila kita menunaikan solat jamak / qasar, tidak boleh ada apa2 perbuatan mahupun percakapan antara solat pertama dgn solat kedua, kcuali 3 perkara (saya x ingat tiga2...yg saya ingat, iqamat)? sahih ke nih? :confused:
    jazakumullahu khairian kathiran... :wassalam

  • Asalamualaikum,

    Berkaitan dgn soalan 2094 berkenaan dgn solat jamak dan bercakap diantaranya, Ustaz THTL menyatakan tidak boleh bercakap diantaranya solat yg pertama dan kedua....saya ada terdengar pendapat yg membolehkanya tetapi sudah lupa sumbernya, pendapat tersebut membolehkan tetapi bukanlah dgn kadar yg lama.....

    1. Bagaimana tu Ustaz, ada atau tidak ada sedikit 'gap' (ruang) antara keduanya.

    2. Jika kita bercakap adakah sembahyang kita tidak sah?

    3 Jika ada, berapa lamakah kadarnya? Percakapan yg bagaimana yg boleh dituturkan?

  • :salam

    Bolehkan orang yg solat qasr-jama' mengikuti Imam yg solat genap (tamam)
    :wassalam