Sembahyang jamak dan qasar

  • Assalamualaikum,

    Ada beberapa persoalan mengenai ini.

    1. Boleh kah solat Jamak di atas kapal yang tidak bergerak? Contoh seperti kapal yang digunakan oleh pelantar minyak sebagai tangki minyak terapung sementara menanti kedatangan kapal tanker. Pekerja-pekerja tersebut bekerja mengikut jadual 2 minggu atau 4 minggu. Bila cukup waktu mereka kembali ke kampung masing-masing. Bolehkah pekerja-pekerja kapal tersebut dikira sebagai musafir semasa atas kapal tersebut?

  • Saya difahamkan bahawa solat jamak tidak disempitkan skopnya hanya kepada musafir tetapi juga atas kerumitan dan kesulitan untuk mengerjakan solat... tetapi solat tersebut mestilah dibuat tamam yakni penuh.

  • :salam

    Moga kalian dirahmati Allah,

    Mengenai solat bagi orang yg bermusafir. Apa yang saya paham ialah si A ini lahir dan menetap di Ipoh. Sekarang ia bekerja dan menetap di Parit Buntar. Parit Buntar ke Ipoh melebihi kadar 2 marhalah. Tapi apabila ia kembali ke rumah orang tua yakni tpt lahirnya ia tidak boleh solat jamak dan qasar.

  • assalamualaikum...kalau orang tu ade penyakit kencing2 sket2..leh ke die nak jamak..katekan mase nak jamak zohor asar..mase smyg zohor tu da rase cam terkencing...

    bolehke die teruskan aje tuk solat asar pulak...tanpa wuduk baru

    lagi satu kalau kuar angin yg nak cakap tak henti2 tu tak jugak...kadang2 takde ..tapi time smyg je...even da tahan..rase cam kuar jugak..ikut tgh la...ikut dpn la..xtau dari qubul atau dubur.....kdg2 kuar dg sendiri..tak tau nak wa camne

  • Salam,

    Apakah benar kita boleh jamak solat zuhur dan asar tanpa sebab? Maksud saya, bukan kerana sakit atau musafir atau trap in a traffic jam. Soalan ini merujuk kepada hadis yg disahihkan oleh al Albani yg menyatakan Rasulullah pernah berbuat demikian.

    Harap penjelasan. TQ.

  • Saya bekerja di kuala lumpur dan menetap di gurun kedah. setiap minggu saya akan pulang ke gurun pada hari jumaat petang dan kembali atau tiba di kuala lumpur pada subuh isnin dan terus kepejabat, Di kl saaya hanya menyewa bilik hanya semata-mata untuk tidur dan mandi sahaja, Adakah saya boleh sembahyang secara jamak dan qasar semasa berada di kuala lumpur?

  • :salam

    mana yang perlu didahulukan pada solat jama' ta'khir? Solat tuan rumah atau solat yg lebih awal. Minta disediakan dalil bg kedua2 (jika terdapat khilaf dlm hal ini).

    Sekian, terima kasih.

  • :salam

    Harap Ustaz dapat membantu. Saya telah semak soalan terdahulu, namun ada sedikit kekeliruan bila berbincang dengan rakan sekerja.

    Rakan ditugaskan utk kerja keluar negara (Guangzhou, China). Katakan masa yg ditetapkan ialah 8 hari di Guangzhou + 1 hari perjalan pergi + 1 hari perjalanan balik.

  • :salam

    Saya balik ke kampung sempena hari raya pada minggu lepas pada hari khamis(11 Okt) dan bertolak pulang pada hari isnin(15 Okt).

    Saya keliru sama ada saya boleh solat jama' dan qasar atau tidak semasa berada di kampung kerana ada pendapat mengatakan bahawa 3 hari yg boleh jama' termasuk hari pergi dan balik.dan satu lagi pendapat mengatakan 3 hari itu tidak termasuk hari pergi dan pulang.akhirnya saya memilih utk solat seperti biasa.

  • :salam

    Saya telah membaca bank2 soalan mengenai solat jama' tanpa musafir. Cuma ada persoalan lain yg tak dapat saya jumpai dalam al-ahkam.