Sembahyang jamak dan qasar

  • saya ingin bertanya adakah boleh jika kita menyertai jemaah yang bersolat genap? (solat fardhu - zohor asar maghrib isya) apabila kita menjamakkan sembahyang). bagaimana pula dengan menjamakkan solat asar dengan solat jumaat? saya ada mendengar bahawa kedua-dua ini dibolehkan melalui siaran radio tetapi saya inginkan kepastian. jika boleh disertakan dengan dalil naqli daripada hadis atau sebarang fatwa yang sah.

  • assalaamu'alaikum

    jika imam sedang solat jama' taqdim zohor dan asar dan telah selesai solat zohor, kini dalam solat asar. ketika itu makmum masuk jemaah solat jamak taqdim itu maka adakah makmum perlu sembahyang jama' asar seperti imam ataupun zohor?

    terima kasih

  • afwan kalau ini soalan ulangan..
    1)soalan pertama: saye musykil tentang batas musafir yg sebenarnye.
    adakah sudah dianggap musafir org yg keluar dr pagar rumahnya?.. saye
    pernah nak bermusafir yg dlm perjalanannye makan waktu zohor dan asar, so saye pun jamak takdim dengan pergi ke masjid berdekatan tetapi kemudian masuk rumah balik sbb nak angkut barang dlm teksi. sy buat mcm ni sbb pernahtahu yg seseorang dikatakan musafir bile keluar je dr pagar rumah, tapi sy rase agak aneh sbb saye masuk balik.. how funny for the one who don`t know like me.

  • Assalamua'laikum ustaz..

    Saya ada satu kemusykilan.. :roll:

    Ada sebahagian ulama' yg. membenarkan melakukan solat jamak bukan dalam keadaan safar, hujan dan sakit.

    Persoalan saya, katakanlah saya solat jamak taqdim zuhur dan asar kerana saya perlu menghadiri satu kuliah yang dijangka memakan masa sehingga ke maghrib.

    Walau bagaimanapun, tiba-tiba kuliah tamat awal iaitu semasa di waktu asar, adakah saya perlu mengulang semula solat zuhur dan asar saya.

    Sekian.

  • Panel al ahkam yg saya hormati......

    saya ada sikit soalan jamak dan qasar......tentang status musafir.....

    1.....apa pandangan/pegangan salaf tentang status seseorang samada musafir atau tidak..... sekiranya seseorang telah keluar bekerja, beranak pinak dan menetap terus di tempat lain...kemudian ia balik ke kampung asalnya samada dikampung asalnya masih ada saudara mara/keluarga atau pun tidak.....apakah status mereka semasa di kampung menurut pandangan salaf/ imam yg empat... apakah ada khilaf ...

  • Bolehkah begini...

    Kita dalam musafir.
    Kita solat jemaah fardhu Maghrib mengikut imam tapi tak niat nak jamak dengan Isya'.
    Selepas habis jemaah maghrib tu, kita sambung pula buat Isya' yang dijamak dengan Maghrib tadi.
    OK ke?

    Ataupun kita mesti niat nak jamak semasa niat solat Maghrib lagi?

  • Istilah2 safar ini dimulakan oleh Madzhab Hanafi spt Watan Asli (tanah tumpah darah atau kampung kelahiran si fulan); watan alIqamah (tempat bertugas utk tempoh spt 1-2 bulan; kemudian Watan alsukna (tempat menetap kurang dari setengah bulan.

  • Askm..sayer ingin bertanyer benar @salah pemahaman sayer ini ttg solat jamak dan qasar..

  • Jawab:

    Dalil-dalil hadis:

    Kitab Fathul Bari Jld 2/561
    Dari Anas, bahawa beliau mengiringi RasuluLlah saw ke Mekah dan pulang semula ke madinah di mana baginda menetap di Mekah selama 10 hari dan tetap mengqasarkan solatnya.

    Dari Ibn Abbas, Nabi saw menetap di Mekah semasa alFath selama 19 hari dan mengqasarkan solatnya (ibid)

  • Assalamu'alaikum ustaz,

    ada terdapat kekeliruan di kalangan sahabat2 saya berhubung dengan solat qasar, kenapa tidak lagi boleh melakukannya di tempat asal seseorang musafir atau isterinya (al-watan al-asli)? bagaimana pula status anak2 mereka yang mengikutnya, yang tidak dilahirkan di tempat asal bapa atau ibu mereka? boleh ustaz huraikan.

    Sekian, terima kasih.