Sembahyang jamak dan qasar

  • assalamualaikum,
    saya ingin bertanya lebih lanjut lagi tentang perkara solat Jamak/Qasar ini. Saya bekerja di Batu Pahat (Johor) dan telah bekerja di sini lebih kurang 2 tahun. Kg halaman saya adalah di Sabak Bernam, Selangor. Biasanya apabila memandu, saya akan singgah dan bermalam di Klang,selangor sebelum terus pulang ke kampung.Persoalannya :-

    i) Bolehkah saya melakukan jamak/Qasar solat di kedua2 tempat ini, iaitu klang dan juga sabak bernam(jarak keduanya 120km).

  • Assalamualaikum...

    Yang selalu kita baca dalam kitab-kitab FIQH yang MUKTABAR menyebut bahawa, solat kita boleh dilaksanakan secara rukhsoh apabila KITA BERMUSAFIR YANG "DIHARUSKAN" oleh Syara'

    Yang ana kurang faham ialah, DIHARUSKAN itu adakah membawa maksud tujuan kita bermusafir itu adalah untuk sesuatu perkara yang dihukumkan MUBAH atau hanya perkara yang dihukumkan WAJIB ??

    Maknanya, kalau sekadar untuk berjalan-jalan ke, bercuti makan angin ke, MACAM TU DIPANGGIL MUSAFIR YANG "DIHARUSKAN" SYARAK KE?

    WA

  • :salam

    Saya bekerja dan menetap di Melaka. Dan saya ingin bermusafir dan destinasi saya Bukit Mertajam utk menziarahi mak saya. Saya singgah di rumah mak saya selama 3 hari. (Adakah saya masih boleh melakukan solat jamak dan qasar?)

    Selepas tu saya bertolak ke Alor Setar untuk menziarahi mertua saya selama 3 hari. (Adakah saya masih boleh melakukan solat jamak dan qasar?)

    Kemudian saya bertolak pulang ke Melaka.

  • :salam

    Dari Petikan Feqhussunnah II - Menjama' Dalam Bepergian oleh Al fadhil Ust. Zain (26/12/2002);

    "Dan dari Kuraib yang diterimanya dari Ibnu 'Abbas, katanya: ............. "jika selagi di rumah matahari telah tergelincir, beliau jama'lah shalat zhuhur dengan Asar sebelum berangkat ........."

    Manakala dari SJ 1387 oleh Al fadhil THTL ;

    "Jawab:
    1. Tidak boleh solat (rukhsah) safar (baik jama' atau qasr sebelum berlalunya kampung atau mukimnya. Ini adalah ketetapan empat madzhab besar fiqih (Imam alQurthubi, aljami' li Ahkam alQur'an, jld 5/356)"

  • Ingin Bertanya.

    Apa Situasi yang bolehkan kita Solat Jamak, tapi takleh solat Qasar?

  • Assalamualaikum wbt.

    Saya ada sedikit kekeliruan mengenai solat dalam kenderaan. Buat pengetahuan pihak al-ahkam.net, saya menetap di perantauan,negara non-muslim. Soalan saya, sekiranya saya bermusafir (memenuhi segala syarat bermusafir) sebelum waktu zuhur dan menaiki kenderaan untuk ke destinasi, adakah sah untuk saya lakukan solat di dalam kenderaan tersebut (sama ada secara jama' taqdim ataupun ta'khir)? Dan setelah tiba ke destinasi, wajibkah solat itu diqada'kan?
    Bagaimana pula sekiranya perjalanan tersebut tidak memakan waktu asar (sampai maghrib)?

  • salam...

    saya nak cari persoalan berkenaan ngan solat jamak qasar ni, yg dah terjawab contohnya, tapi hasil search saya tak kemana pun...yg ada persoalan yg belum terjawab oleh ahli panel...how?

  • Salam Tuan Moderator (Akhi Tuan Hassan dll)

    Saya pernah mengemukakan soalan ini tapi tak ada respons dari tuan-tuan semua. Puas saya rujuk kitab tapi tak jumpa. Yang akhir rujuk terjemahan Sheikh Mahmood berkenaan solat qasar dan jamak juga tak ada bincang.

    Soalan sama: Solat Jamak Taqdim tapi apabila sampai kekawasan bermukim waktu yang kedua belum luput. Tuan menjawab sebelum ini BOLEH dan mengikut jumhur ulamak. Saya cuma nak tahu hujah dan nasnya.

  • saye tinggal di n9.. saye pegi kl naik bas pukul 3..sudah tentu saya menunaikan solat zohor sebelum tue dirumah dgn cara tamam. persoalannya bile saye samapi di kl lebih kurang pukul lima..bolehkah saye qasarkan solat asar saye krn biasenye saye tgk org buat qasar dgn jama' tp dlm hal saye saye hanye mahu qasarkan solat asar krn saye mmg dah solat zohor sebelum bermusafir

  • :?
    Assalammualaikum,

    Pohon penjelasan mengenai sembahyang Jamak dan Qasar....

    timbul masalah kepada saya apabila saya sampai ke kampung halaman saya (rumah ibubapa saya) kerana saya ada mendengar kuliah di surau yang mengatakan lebih kurang begini "seseorang yang bermusafir akan dikira tamat/habis setelah ia sampai kekampung tumpah darahnya" walaupun jumlah hari tidak melebihi yang dibenarkan.....kerana ia telah sampai ke tempat ia bermukim/bermastautin???