Sembahyang jamak dan qasar

  • :salam

    Minggu depan sy akan gerak dari kulim ke shah alam dgn menaiki bas. Bas akan bertolak dari stesyen butterwoth jam 11:30pg dan dianggarkan akan smpi di pudu dlm jam 4ptg dan meneruskan perjalanan hingga ke shah alam.
    Dalam anggaran sy, akan tiba di shah alam pd jam 6ptg.

    Jadi, adakah syara' mengizinkan sy jika sy lakukan jama' dari asar ke zohor di rumah sy?

    Pohon penjelasan pari pihak panel AAN sebelum ari khamis minggu depan (8-11-07)

    :wassalam

  • asSalam ahli panel,

    Tuk saya berumur 85thn dan mengalami kesulitan untuk mengambil wudu' setiap kali untuk menunaikan solat. Memandangkan kesukaran untuk bergerak bebas disebabkan uzur pada usia tua, adakah Islam membenarkan jika solat wajib 5 waktu dilakukan secara jama'?

    Pohon pandangan tentang hal ini...

    WasSalam

  • asslamua'laikum..saya seorg student ada field work(kerja lapangan)..kami bermalam@tinggal@duduk di hutan selama 7hari utk mbuat penyelidikan..dlm masa 7hari tersebut boleh kata masa kami sentiasa padat dgn mencari bahan kajian kami..bolehker kami buat jamak qasar kerana kami mmg tidak bniat tinggal di hutan tersebut dan tinggal di hutan hny atas urusan kerja kajian

  • Salam ustz,

    Leh ke tak kita jamak isyak magrib secara takdim jika kita akan bermusafir seawal jam 8 malam. Memandangkan keadaan yang tidak selmat solat di perhentian bas, saya ambil keputusan untuk solat jamak di rumah sahaj?

  • :salam

    Solat manakah yg perlu didahulukan di dalam solat jama' ta'khir? Jika dijama'kan Maghrib dan Isya' di dlm waktu Isya', adakah kita perlu mengerjakan solat Maghrib terlebih dulu?

    Ini kerana, saya mendengar pendapat bahawa perlu mengerjakan solat mengikut turutan walaupun solat jama' ta'khir, kerana menghormati waktu yg sepatutnya tiba dahulu.

    JKK...

  • :salam

    Ustaz,
    -Selama saya berumahtangga 5tahun, saya sentiasa jamak+qasar di rumah keluarga mertua saya bila tempoh tinggal di sana tak lebih 3 hari...maknanya saya sentiasa jamak+qasar selama 3 hari itu. Hinggalah baru2 ni saya diberitahu bahawa tindakan saya tu salah. Macam mana ustaz? betul ke saya salah...? camne plak yg betul?

    -saya tinggal di kota damansara, selangor. kat mana pula sempadan musafir saya?

    -kampung keluarga mertua saya di marang, terengganu. di mana pula sempadan musafir saya?

    harap ustaz dpt ajar saya.thanks ustaz ::D

  • :salam

    setelah mencari dalam al-ahkam.net, saya ada jumpa beberapa topik yg sama kaitannya dengan tajuk yg saya tuliskan itu namun tidak dapat menjawab dengan jelas persoalan yg bermain dalam fikiran saya.

    Antaranya topik yg meminta saya ke url ini: soalan ulangan. Sila ke URL berikut: http://al-ahkam.com.my/soaljawab/soaljawab194.htm

    Tapi url tersebut sudah tiada.

  • Assalammualikum Ustaz

    Saya adalah seorang pelajar di AMsterdam. Waktu Solat zuhur di sana ialah lebih kurang pukul satu dan asar pukul 3. Saya mempunyai kuliah dari jam 12.30 hingga ke 4. Bagaimanakah saya hendak mengatasi masalah solat di waktu yang tepat. Boleh tak saya jama' solat zuhur dan asar setiap hari yang saya ada kuliah. Agak sukar untuk saya dapat masa untuk melepaskan diri kerana saya seorang sahaja murid Islam di kelas itu.

    Boleh tak ustaz sertakan dalil dan cara yang terbaikm untuk mengatasi masalah ini.

  • Saya sering bermusafir ke luar negara untuk seminar dan berbagai urusan. Saya difahamkan bahawa saya hanya boleh jamak dan qasar solat pada ketika perjalanan sahaja kerana biasanya saya menetap di sana dalam tempoh 10-12 hari.

    Masalahnya, sudah menjadi kebiasaan saya bila berada diluar negara, akan dihambat kekangan masa untuk solat, terutamanya zohor dan asar bila musim sejuk memandangkan waktu siang yang pendek.

  • Assalamu'alaikum,
    Ana mohon ahli panel jawab seberapa segera.

    Sekiranya semasa proses undian dan kiraan undi, petugas terpaksa bertugas sehingga melepasi tempoh solat, adakah dibenarkan untuk jamak.