assalamualaikum
Pada suatu hari Joha (bukan nama sebenar) singgah di sebuah masjid untuk solat Maghrib. Pada masa itu solat jamaah sudah selesai tetapi ada seorg lelaki sedang solat. Lalu Joha pun berniat utk berimamkan lelaki tersebut tanpa mengetahui bahawa lelaki tersebut seorg musafir yg sedang solat Isya' 4 rekaat jamak taqdim. Apakah yg patut dilakukan oleh Joha apabila lelaki itu bangun utk mengerjakan rekaat yg ke 4.
Sumber Rujukan Islam Anda..
Sembahyang jamak dan qasar
-
-
:salam
Saya inginkan sedikit kepastian berhubung 2 kes ini.
Kes 1
Katakan saya sedang bermusafir pada waktu Zuhur dan saya kira saya akan tiba di rumah pada waktu Asar. Kemuskilan saya ialah bolehkah saya solat jamak takhir di rumah (tanpa qasar)?Kes 2
Katakan saya akan bermusafir dan waktu Zuhur sudah masuk. Kemuskilan saya ialah bolehkah saya solat jamak taqdim di rumah (tanpa qasar)?Kedua-dua kes di atas ialah kerana sukarnya mencari tempat solat semasa musafir (kerana di luar negara dll.).
-
Assalamu'alaykum wbt.
merujuk kpd persoalan dlm link ni: SJ-05-0058 : Solat Isya' di kaw. yg tiada waktu isya'
yg difahami, dibolehkan jama' taqdim bg solat maghrib dan isya' pd musim panas di negara2 di utara britain.
jadi, apakah dibolehkan jama' ta'khir instead of jama' taqdim?yg dimaksudkan di sini, selain sbb musafir atau apa2 masyaqqah yg menyebabkan berhajat kpd jama' ta'khir.
-
salam.. ada kawan tanya.. kalau mcm kita dah konfem nak MUSAFIR, pastu kita kuar dari rumah.. kebetulan masuk waktu Zuhr.. kitapun singgah kat masjid yg berdekatan dgn rumah kita utk solat Zuhr berjemaah.. lpas ikut imam smbhyg zuhr secara 'tamam', bleh tak kita sambung jama solat 'asr secara qasar??? kan dah kuar dari rumah dan niat mmg nak musafir jauh!! kira tgh musafir lah tue kan wlupun dekat dgn rumah..??
-
Assalamualaikum kepada panel al-ahkam
soalan:
Bolehkan seseorang hamba Allah menjamak solat tanpa keuzuran kerana terdapat hadis rasulullah yg lebih kurang
nabi menjamak solat masa di madinah tanpa musafir dan tanpa hujan
mohon mintak penjelasan yg terang dan jelas ??
-
situasi 1
Contohnya seorang hamba Allah temankan kawan2nya bejalan
masa tu dah akhir waktu solat zuhur. Nak cari tempat solat tapi sukar dan terlepas wktu zuhur.tujuan mereka berjalan bukan penting sangat
situasi 2
seseorang ni tidur dalam waktu Zuhur. Dia bangun dalam keadaan janabah di akhir waktu zuhur. Dia mandi wajib dan tak sempat solat zuhur dalam waktu.solannya
bolehkah hamba Allah ni mengambil jalan menjamak solat Zuhur dengan Asar ??
Jawapan panel al-ahkam amatlah dihargai....
-
:salam
1. kes saya begini. Sya dari Janda baik tempat krja dan tinggal di situ menghantar anak ke asrama di Raub jaraknya 80 km.Pada hari yang sama terus dari Raub ke karak utk menghantar seorang lagi anak di asrama karak -jaraknya 70 km.Dari bentong terus balik rumah di Janda Baik yang jaraknya > satu pusingan kearah hala balik.Dapatkan penjelasan. -
salam.
saya seorang pelaut yang bekerja di atas kapal dagang.
ingin tahu status sebenar saya sbagai musafir atau pun tidak.
because i have 2 version and only .
a) yes b) no.
which one is right.
jarak perjalanan kami sememangnya beribu batu.
tetapi rutin kami seperti insan biasa yang berkerja di darat.
kami punya makan dan minum yang cukup. tidur dan rehat yang cukup. sumber air yang cukup . yang boleh di kira kami boleh buat apa yang orang di darat boleh buat. -
:salam ustaz, boleh tolong terangkan berkaitan dengan dua marhalah dalam Islam? pendapat Mazhab-mazhab berkaitan dua marhalah dan berapa km sebenarnya jarak yang dimaksudkan dengan dua marhalah? Terima kasih. ::roll:
-
Saya tinggal di Bangi dan keluar rumah sekitar jam 8.00 pagi dan memandu kereta mengikut Lebuhraya Utara Selatan utk menuju ke Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan (melawat saudara). Perjalanan saya adalah sejauh 125KM (satu hala) dan mengambil masa 2 jam.
Oleh kerana saya tidak yakin akan kefahaman saya tentang solat Jama' dan Qasar, maka pada kebiasaannya saya akan menunaikan solat Zohor disana dengan 4 rakaat dan juga solat Asar sebanyak 4 rakaat; sebelum menaiki kereta untuk pulang kerumah sejurus kemudian.