Sembahyang jamak dan qasar

  • :salam
    Pertama sekali ana meminta maaf kerana mengajukan satu lagi soalan berkenaan tajuk yang mungkin sudah berbuih diperbincangkan. Akan tetapi kerna hendak mencari kebenaran maka terpaksa ana menghilangkan sikap malu dan bertanya juga. Soalan ini berputar sekeliling isu solat Jama' bukan secara direct tetapi lebih kepada aplikasinya dalam kehidupan

    Ana mengajukan satu senario.

  • :salam

    Sah atau batal solat isyak saya jika saya menjamakkannya dalam solat maghrib pada hari hujan lebat di masjid sedangkan masjid tersebut hanya 200 meter sahaja daripada rumah saya ......

    jika sah apakah dalil yang membolehkan saya berbuat demikian ...

    sekian

    wassalam

  • assalamualaikum.

    seseorang telah mengetahui dia perlu ke luar negara selama 11 hari untuk tujuan kursus. bolehkah sepanjang dia berada di luar negara berkenaan, melalukan solat jamak dan qasar?

    terima kasih

  • :salam
    baru-baru sy dan kawan bermusafir,tiba disatu surau kawan sy menjadi imam bg jemaah surau itu pada solat marghrib .selepas solat maghrib tkawan sy mengajak sy solat jamak isyak,sedangkan saya tidak tau yg dia berniat untuk solat jamak,sy pula hanya niat solat maghrib shj,Sah atau tidak solat jamak isyak sy

  • salam...
    ana mempunyai kemusykilan tentang solat jamak....
    bolehkan solat jamak dilakukan dirumah sama ada sebelum memulakan perjalanan atau selepas pulang dari perjalanan...

    jika boleh dilakukan...bolehkah disertakan dengan dalil yg sahih..
    perkara ini sgt penting terutama bagi ana yg tempat belajar yg sgt jauh dari rumah.... sbb kdg2 bas tak berhenti utk solat..

  • Saya tinggal di Shah Alam Selangor, jika saya balik raya ke kampung saya di Perak selama sehari atau 2 hari, bolehkah saya solat Qasar sepanjang berada di situ? Kemudiannya saya balik ke kampung isteri saya di Kelantan selama 3-4 hari, bolehkah saya solat Qasar sepanjang berada di situ? JIka boleh solat Qasar, adakah afdal saya solat Qasar sendiri dan kemudiannya solat Terawih di masjid semasa Ramadhan(sebelum Raya) samada di kampung saya atau isteri saya?

  • :salam

    1. Kedua ibubapa saya telah tiada dan sejak itu adik beradik saya pulang berkumpul di rumah kakak saya bila bercuti (Jarak 15 km dari kampung asal). bolehkah dilakukan solat jamak dan qasar?

    2. Sekiranya mertua saya telah berpindah rumah kekampung lain adakah boleh solat jamak dan qasar?

    Jazakumullahu Khairan Kathira.

  • :salam

    Kepada ahli panel,

    Saya ada satu kemusykilan.Dalam perjalanan pulang dari kampung halaman, saya telah menjamakkan solat Zohor dan Asar dengan jamak taqdim.Kemudian, saya tiba ditempat bermaustautin di pertengahan waktu Asar.

    Soalannya, adakah saya perlu ulang semula solat Asar tersebut?

    JazakALLahukhayr....

  • :salam

    Anak-anak saya apabila berada di kampung saya atau isteri adakan juga dikira watan asli ?

  • :salam

    Ana inginkan penjelasan yang lebih lanjut perihal watan hakiki/asli. Ini krn setelah merujuk pd kebykan kitab, ana merasakan (setakat ilmu/keupayaan yang cukup terbatas) bhw mengatakan kesemua 4 mazhab sepakat dalam hal gugurnya kemudahan utk mengqasar solat apabila tiba di watan asli agar menyimpang.