March 2003

SJ – 2342 : WANG HARAM : KE MANAKAH PATUT DISALURKANNYA ?

assalamualaiukum ustad,

di sini saya ada satu kemusykilan.apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang yang telah memenangi sejumlah wang hasil loteri, kemudian dier menyesal di atas perbuatannnya itu.dier belum sempat menggunakan walau satu sen pun duit itu.ke manakah duit itu perlu disalurkan.sekian .

wassalam.

SJ-2355: Terjumpa duit@barang berharga tetapi dgn nilai keci

:salam

Didahului dgn memohon maaf, sekiranya soalan berikut sudah ada dlm arkib, sudah surf....tapi tak jumpa @ mungkin tak terjumpa.
Soalanya berkaitan dgn duit atau barang bernilai yg kita jumpai tetapi nilainya kecil; bolehkah kita mengambilnya? Cth:

1. Duit dgn nilai 20 sen @ 30 sen, kita jumpa ditepi jalan.
2. Duit dgn nilai seperti diatas tapi kita jumpa dekat pejabat, semua rakan2 tak mahu mengambilnya, masing membiarkan begitu sahaja.
3. Kita terjumpa pen @ disket kosong.

SJ-2354: Guna duit org yg tak tuntut

assalamualaikum ustaz,

1. apakah hukumnya menggunakan duit simati yg dah lama tak
dituntut oleh waris atau sedaranya atau tidak tahu siapa
saudara dan warisnya.

2. Duit tersebut di atas adalah duit dari luar negara yg umat
islamnya adalah minoriti . Apakah hukumnya menggunakannya kalau duit tersebut milik org ISLAM atau BUKAN ISLAM?

3. Sekiranya duit tersebut adalah duit yg perlu diwakafkan
apakah syarat2 atau kategori org2 yg layak menerimanya?

SJ-2345: Perlaksanaan al-muzara'ah dan al-musaqat

Assalamualaikum...
Ader tak perlaksanaan kontrak al-muzara'ah dan al-musaqat direalisasikan di dalam masyarakat Islam di Malaysia. Kalau boleh, saya nak mintak tolong jelaskan tentang aplikasi kedua-dua kontrak di atas dalam masyarakat kita. Sekarang ni saya masih kabur lagi. Adakah amalan sewa tanah untuk pertanian yang dilakukan oleh masyarakat petani kita sekarang ni sama dengan kontrak tersebut. Terima kasih atas penerangan anda semua.

SJ – 2332 : ISTILAH MAZHAB IMAM asy-SYAFI’E RH

Boleh tak sesiapa terangkan maksud kata 'al-jadid' dan 'al-qadim' dalam mazhab Syafie. Perkataan ini biasa saya jumpa dalam kitab-kitab mazhab Syafie tetapi saya tak berapa jelas dengan maksudnya. Di harap sesiapa yang baik hati dapat menerangkan maksud perkataan atau isltilah ini.

SJ-2325: Wudhu' (2): Anggota kaki-muka-rambut

:salam

terima kasih kerana menjawab soalan sebelum ini. di sini ada beberapa soalan lanjutan dari itu

1. adakah arah basuhan itu turut penting bagi basuhan kaki?
2. adakah terdapat arah basuhan bagi anggota muka dan rambut?
3. jika arah basuhan itu tidak diikuti, adakah tidak sah wudhu?

terima kasih :D

SJ-2349: Pelbagai mengenai solat berjemaah

:salam

Harap tuan dpt menjawab kemusykilan saya ini dan sekiranya tak keberatan, berkongsi pengetahuan tentang dalil2nya.

1. Sekiranya imam sedar yang ada sesuatu yg menghalang air dari sampai ke kulit hanya setelah selesai solat berjema'ah, adakah dia wajib mengambil semula wudhu' dan mengulangi solatnya sendiri sahaja atau perlukah makmum2 yg mengikut imam itu turut mengulangi solat mereka?