March 2003

SJ-2334: Bid'ah Laagi [U]

Assalamualaikum…

Kita sedia maklum… dalam masalah bid’ah ni… bukan semua ulama’ yang bersetuju….contohnya dalam masalah seperti menyapu muka selepas salam (solat)…. Kalau saya tak silap… An-Nawawi mengatakan yang ia sunat…. Manakala Syed Sabiq kata… nabi tak buat…. Dan banyak lagi contoh-contoh lain…. Jadi… kalau dah macam ni ana nak tau ler jugak… ulama’ seperti Imam An-Nawawi tu guna dalil apa?

Soalan kedua…ulama’ulama’ yang tak bersetuju dengan “semua bid’ah – sesat” ni… menggunakan alasan apa untuk menafikan ayat al-Quran :

SJ-2352: Masbuq Solat Hari Raya

Assalamualaikum…

Jikalau seseorang itu tegolong dalam golongan ma’mum masbuq di dalam solat Hari Raya… maka apa yang perlu dilakukannya selepas bertakbir sesudah didapati yang beliau telah tidak sempat bertakbir 7 kali dalam raka’at pertama bersama imam? Adakah dia perlu melakukannya individually… atau terus mendengar bacaan imam tersebut?

SJ-2336: Makanan Dewan Makan SBP

Assalamualaikum…

Ttg makanan yang disediakan di dewan makan sekolah-sekolah berasrama…. Apakah hukumnya jika pelajar-pelajar itu mengambil lebih daripada had yang dibenarkan? Adakah dia dikira telah memakan benda yang haram? Adakah kerana jumlah bayaran yuran yang dibayarnya untuk sebulan itu yang menghadkan seseorang pelajar itu mengambil lebih? Jadi, bagaimana jika dia tidak makan untuk sesuatu waktu, adakah dia boleh mengambil “haknya” yang masih belum dituntut dengan mengambil makanan dengan jumlah yang lebih pada waktu-waktu yang lain? WA

SJ – 2317 : MELANGKAHI AIR SOLAT HAJAT / AIR YASIN

Assalamualaikum…

Ana ada sedikit kemusykilan…

Jikalu masalah mengenai air jampi itu adalah dibenarkan…(air solat hajat, air yasin dsb) Maka kenapa sampai kepada peringkat kita tidak boleh “melangkahnya”??? Adakah kerana takut hilang khasiatnya atau …melibatkan masalah hokum (haram dsb)?

SJ-2338: Kenajisan Kanak-kanak

Assalamualaikum…

Bagaimana pendapat panel al-Ahkam mengenai hadis yang menerangkan sewaktu Baginda Rasulullah S.A.W. sedang solat, 2 cucu Baginda datang memanjat belakang Baginda sewaktu Baginda sedang sujud sehinggakan Baginda tidak sampai hati untuk bangun daripada sujudnya kerana terlalu sayangkan cucu-cucunya itu (Hasan & Husin)

SU-00030 BERKENAAN DENGAN SOLAT JAMA'

Assalamualaikum…

Ana ada sedikit kemusykilan…

Sahkah solat seseorang yang melakukan solat jama’ berjemaah tetapi imamnya berniat menunaikan solat lain? Contohnya musafir yang solat Jumaat… bolehkah dia menunaikan solat tersebut dijama’kan dengan fardhu Asar? WA

SJ-2337: Ikan Belacak

Assalamualaikum…

Baru-baru ini heboh di Negara kita memperkatakan ttg “ikan belacak” yang mempunyai kaki… masalahnya… bukankah haiwan tersebut tergolong dalam golongan haiwan yang tinggal di dua alam yang haram dimakan? Jadi, mengapa terdapat segelintir pihak yang memproses haiwan tersebut dan menjualnya dalam bentuk pil kerana dikatakan agak berkhasiat?

SJ-2347: Hukum sebenar membaca alQur:an

Assalamualaikum…

Al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang menjadi suatu ibadah jika kita membacanya… Masalahnya: Apakah hukum sebenar membaca Al-Quran ni…? Wajibke, sunatke atau macam mana? Berdosakah seseorang yang seumur hidupnya tidak pernah menghabiskan Al-Quran? WA

SJ-2328: Harta Luqatah

Assalamualaikum…

Ana ada membaca sebuah kitab – Ensaiklopedi Fiqh (Indonesia) dan terbaca mengenai permasalahan berkaitan denga Harta Luqtah…Tetapi disebabkan kurangnya ilmu pemahaman ana dalam memahami teks yang mengelirukan (bahasa Indon) itu… Maka ana pun ingin meminta jasa baik pihak panel al-Ahkam sekalian… menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai status Harta Luqatah ini… WA