March 2003

SJ-2350: Adakah sewa tunai itu sebahagian daripada al-muzara

Assalamualaikum..
Di Kelantan, banyak dilakukan sewa tanah bendang kepada petani dengan bayaran Rm 50 (wang tunai) kepada pemilik tanah bagi setiap musim. Adakah amalan ini termasuk dalam kontrak al-muzara'ah? Adakah amalan ini halal dalam Islam.

SU-00031 Berkenaan aurat.

Assalamu'alaikum,
1.Adakah boleh seorang wanita membuka tudung kepala(menampakkan rambut) di rumahnya sendiri apabila abang iparnya(suami kakaknya) dan juga adik iparnya(adik kepada suaminya) berada di rumahnya.
2.Saya ingin meminta kepastian daripada situasi ini:
Seorang wanita menyewa sebuah rumah dengan rakan-rakanya yang juga seorang wanita.Adakah terdapat larangan mendedahkan kepala(tidak bertudung) kepada rakan serumahnya yang lain dan sejauh manakah batasan aurat yang boleh didedah.

Terima kasih.

SJ – 2362 : ERTI MENYINGKIR YAHUDI KE JALAN YANG SEMPIT

Assalamualaikum,

Sabda Nabi saw:

{ Jangan kamu memulakan salam kepada orang-orang yahudi dan orang-orang nasrani. Bila kamu terserempak di tengah jalan dengan orang kafir hendaklah kamu menyingkirnya ke jalan yang sempit } - Riwayat Muslim

Saya ingin minta jasa baik tuan untuk menjelaskan maksud hadith di atas terutama sekali yang berhubung dengan kenyataan Nabi saw: Bila kamu terserempak di tengah jalan dengan orang kafir hendaklah kamu menyingkirnya ke jalan yang sempit.

SJ-2357: berbicara dengan kekasih yang akan dinikahi mengena

assalamualaikum , saya ingin bertanya apakah hukum seseorang yang berbicara mengenai seks dengan kekasihnya sendiri sehingga menaikkan nafsu dan keinginan kedua-duanya namun ia berakhir begitu sahaja dan kedua - dua telah bertaubat untuk tidak melakukannya lagi. Apakah hukumnya dan adakah taubat mereka diterima.? Adakah hukum perbualan mereka melalui sms dan chat tuh dianggap seperti dosa besar?