March 2003

SJ-2386: Solat Jama` dan korban

Assalamualaikum Wmt Wkt Ahli-ahli Panel yang dirahmati Allah,

Saya ada 2 soalan

1. Pendapat mazhab mana yang yang paling rajih berhubung solat jamak dan qasar?

2. Adakah boleh binatang yang terputus ekornya kemudian ekornya dijahit semula dan dijadikan binatang korban?

Wassalam JKKML

SJ-2399: Aurat di Bawah Dagu?

Assalamu Alaikum

Aurat seorang perempuan adalah keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Aurat perempuan ketika berada di luar adalah sama seperti ketika berada di dalam solat.

Soalan saya:

Adakah bawah dagu juga dikira sebagai aurat bagi perempuan?

Saya keliru sebab ada yang katakan ianya aurat dan ada yang kata tidak. Namun yang jelas saya hampir tidak kelihatan perempuan yang menutup bawah dagu apabila bertudung di mana-mana walaupun isteri kepada seorang ustaz ataupun perempuan itu seorang ustazah.

SJ–2375: Pengesahan maklumat mengenai Hadith riwayat Muslim

Saya terbaca mengenai hadith-hadith berikut berserta periwayat (narrator) masing-masing. Bolehkah ustaz sahkan samada ia benar-benar seperti yang dinyatakan di bawah atau terdapat kesilapan di mana-mana :

(1) Jubayr Ibn Abdullah berkata : "Rasulullah melarang kita menyilang (cross) kaki sambil baring"
- Muslim

(2) Ebada Ibn Tamim berkata, ayah beliau melihat Rasulullah baring sambil menyilang kaki di dalam masjid
- Muslim

Benarkah kedua-dua hadith tersebut diriwayat oleh Muslim?
Terima kasih.

SJ-2382: Orang yang pertama dibangkit di hari kiamat

Assalamualaikum,

Saya ada terjumpa satu hadith dalam buku Iman: Rukun, Hakikat & Pembatalan tulisan Dr. Muhammad Naim Yasin terjemahan Abdul Rahman Abdullah hlm. 202 yang berbunyi:

Akan mati manusia ketika (ditetapkan masa) bagi mereka maka akulah awal-awal mereka yang bangkit (dari kubur), tiba-tiba nabi Musa bergantung di arasy. maka aku tidak mengetahui apakah ia termasuk dalam golongan orang-orang yang mati (atau tidak)?

Soalan saya:

SJ-2392: Sujud Tilawah

Assalamu'alaikum Warah MatulLah

Bagaimanakah cara melakukannya dlm. senario berikut.

1- Jika surah yang dibaca seperti surah Al'Alaq.
2- Jika hafalan dlm solah hanya boleh setakat ayat tersebut. Belum hafal ayat seterusnya.

* Kedua2nya diakhir bacaan.
(Agak ganjil jika sujud dan bangun semula dan kemudian ruku') terutama jika Imam yang melakukannya.
JazakalLah