March 2003

SJ-2388 : Memohon perlindungan Allah dr syaitan didalam sola

:salam

Adakah bacaan "aa'udzubillahiminassyaithaanirrajim" itu di sunatkan untuk dibaca sebelum bacaan Al-fatihah ketika dalam solat fardhu atau solat sunat! Terdapat firman Allah di dlm al-Quran yg menyuruh kita supaya membaca doa minta perlindungan Allah dr syaitan sebelum membaca al-Quran. Bolehkah ianya dijadikan hujah untuk kita membacanya di dalam solat (sebelum membaca surah al-fatihah)!

:wassalam

SJ-2387: Bgmn jika hadis sahih wujud bersama2 hadis2 daif ba

:salam

alhamdulillah, usaha bagi memberitahukan perihal hadis2 daif dan maudhu' semakin maju nampakna, dan rasa2nya masyarakat pun makin ramai yg sedar tentang perkara ini. Soalan saya adalah:

- Apakah mungkin wujud dalam satu2 situasi yg mana, ada beberapa hadis yang tercatit mengenainya, dan drpd beberapa hadis ini, ada yg sahih, dan ada yg daif?

SJ - 2401 : CERAI , TALAQ & LAFAZNYA

:salam

ada satu lagi persoalan berkenaan uruf masyarakat malaysia, apabila disebut perkataan "kita bercerai" adakah lafaz ini sarih mengikut jumhur ulama' atau assyafi'iyyah? kerana apa yang tercatat didalam kebanyakkan kitab feqh hanya perkataan : 'aku cerai kau" ("talaqtuki") atau 'engkau tercerai' ('enti taaliq'). jika sarih adakah adakah dakwaan niat disebalik lafaz ini boleh diterima? minta penjelasan dari ustaz2. :confused:

SJ - 2383 : KALIMAH SYAHADAH ( MENURUT B. ARAB )

:salam

Saya ada terbaca teks yg mana kalimah syahadah ditulis dengan lafaz La'ilaahaillallah Muhamma du rrasulullah

tetapi diteliliti ketika azan pula ialah Ashaduallailaahaillah Muhamma dar rasulullah

Adakah terdapat kesilapan di sini atau hanya masalah bahasa?

Terima kasih

SJ-2389: Masaalah keputihan

:salam :o
Tanya bagi pihak wanita..isteri khasnya:
Telah diketahui bahawa keputihan dimasukkan dalam syarat darah istihadzah- Soalanya
1. Jika keputihan ini kerap keluar..maksud saya semasa solat atau selepas mengambil wudhu sehingga terpaksa kerap mengambil wudhu (4-5kali) dlm masa terdekat. Keluarnya keputihan ini pula tak menentu kejap ada, kemudian tiada tanda untuk keluar lagi, bila tunggu tak keluar...wanita tsbt mengambil wudhu dan sedia mendirikan solat..beberap minit kemudian ia keluar pula...

SJ-2380: Amin dalam Al-fatihah

:salam
Bacaan amin setelah selesai bacaan al-fatihah mempunyai beberapa pendapat:
1. Imamiyah-tiada sebutan amin dalam al-fatihah sbb. didalam Al-quran sendiri tiada sebutan t'sbt.
2. 4 mahzab utama-menurut hadith dr Abu Hurairah r.a- sebutan amin merupakan sunnah.
Soalan:
3. Adakah dikira bid'ah jika amin disebut pada akhir setiap bacaan Al-fatihah harian (diluar solat)-spt sebelum tidur dsbnya?

SJ-2397: Menqadha Solat untuk simati

Asalamualaikum,

Diharapkan pihak panel dapat menghuraikan masalah ini. Contoh kes : Salah seorang ahli keluarga kita meninggalkan dunia dan diketahui simati memang jarang atau langsung tak nampak mengerjakan solat. Apakah perkara terbaik dapat dilakukan olen anak simati? Saya pernah terdengar kita digalakkan membanyakkan wirid (tak ingat namanya) dgn syarat yg mengamalkan seorang yg warak, betulkah??
Semuga kita memperolehi manfaat bersama.