March 2003

SJ – 2333 : HUKUM BELAJAR HAL-EHWAL GHAIB , JIN & MAKHLU

Assalamualaikum....saya ada sedikit kemusykilan...apakah hukum kalau kita belajar tentang ilmu ghaib atau ilmu yg berkaitan ttg jin dan makhluk halus? Adakah ia dibolehkan atau tidak? wallahu a'lam..... :martialar

SJ-2343: Rencam (5 Kemusykilan)

Assalamualaikum wmt Wkt ahli-ahli panel semua

1.Apa status kitab Durratun Nasihin dan Tanbihul Ghafilin
2.Apa hukum membeli barang diseludup dan dicuri
3.Apa garis panduan bagi pengharaman binatang dua alam
4. Hadis nabi ada menyebut semua yang dilaut halal dimakan , adakah ikan yang beracun boleh dimakan
5.Dalam Matan Taqrin Abi Sujak ada sebut "apa yang orang Arab pandang elok makan ia halal,.......apa yang org Arab pandang jelek maka ia haram" minta penjelas ahli panel tentang bab makanan ini.

Wassalam

SU-00029 TERKENA LIQUID PAPER

Assalamualaikum…

Ana ada sedikit kemusykilan…

Apakah hukumnya jikalau seseorang itu mendapati di tangannya ada kesan “liquid paper” (correction liquid) setelah selesai dia menunaikan solat? Adakah bergantung kepada jumlahnya? Atau sememangnya dia perlu menunaikan solatnya semula…. Seringkali orang bertanya kepada saya ttg masalah ini menyebabkan saya tidak dapat memberikan jawapan yang sebenar…. Diharap pihak al-ahkam dapat menjelaskannya…WA

SJ-2351: Mengenai Najis (SIKIT JER)

Assalamualaikum…

Najiskah tahi cicak? Bagaimana pendapat para ulama’ ttg masalah ini?

Bagaimana pulak dgn sarang labah-labah dengan rambut (manusia/ haiwan)? Ttg masalah ni… saya tak pernah timbul masalah ni… sehinggalah pada suatu hari seorang hamba Allah bertanyakan kepada saya ttg najiskah sarang labah-labah tersebut.? WA

SJ-2346: Sembelihan Stail Baru

Assalamualaikum…

Bagaimana Islam memandang kepada teknologi hari ini yang telah wujud sejenis mesin/ alat penyembelihan (terutama di Negara Barat)… yang mana boleh menyembelih sejumlah besar haiwan sekaligus? (biasanya ayam) … Adakah memadai jikalau seseorang itu… mengucapkan “Bismillah” sekali…lalu terus ….(’zup’)…..menyembelih kesemua ayam-ayam tersebut…? WA

SJ - 2341 : SEJARAH ISLAM YANG SEBENAR

Assalamualaikum…

Ana ada sedikit kemusykilan berkaitan sejarah Islam…

Benarkah Yazid b Muawiyah begitu jahat dan kejam sebagaimana yang digambarkan dalam kisah sejarah yang mengatakan Yazid telah menghalalkan bumi Mekah selama 3 hari untuk tenteranya berbuat maksiat dan kejahatan sebagai meraikan kejayaan pasukannya merampas Mekah?

Benarkah bola sepak itu merupakan kesinambungan daripada peristiwa kepala Saidina Husin dipancung di Karbala’?

SJ-2348: Puasa Sunat

Assalamualaikum…

Kita ketahui bahawa Rasulullah S.A.W. sering menunaikan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Jumaat… Soalannya… selain daripada itu… bolehkah kita berpuasa sunat jugak…. Sebab saya ada mendengar sesetengah orang berkata… “kalau nak berpuasa sunat, tak semestinya Isnin dan Khamis jer… hari-hari pun takpe….” Bukankah setiap ibadah yang kita ingin laksanakan adalah berpandukan kepada Nabi… maka, jikalau kita mendapati tidak melakukan sedemikian… maka bukankah kita tidak boleh menambah-nambah dalam permasalahan agama?

SJ – 2363 : ERTI MENYERUPAI ORANG BUKAN ISLAM

Assalamualaikum…

Ana ada sedikit kemusykilan…

Ttg hadis, “man tasyabbaha biqoumin, fahua minhum”… Apakah hukm sebenar apabila seseorang itu menyerupai sesuatu kaum yang lain? Atau…apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan ungkapan “kaum” itu dalam erti kata yang sebenar?

WA