November 2003

SJ - 3145: [G] Fiqh Puasa: SENDAWA ?!!

:salam

Pada suatu hari (dlm bulan puasa) ana terasa ingin BERSENDAWA ...tiba-tiba , TERkeluar sedikit 'makanan' dari bhgn dalam tubuh... lebih kurang macam muntah ....Soalannya ialah... ana sebenarnya tau yg muntah yg tak sengaja tu tak membatalkan puasa...tapi ..yg memusykilkan ana ialah... ana pernah mendengar ada org memberitahu ana bahawa muntah yg keluar disebabkan sendawa ni..(yg disengajakan)... adalah sama ngan muntah yg disengajakan jugak,.,.. betul ke?

SJ - 3134 : Zakat fitrah bagi anak kecil dan bayi

:salam

Ana ada soalan berkenaan hal di atas. Terdapat pendapat yg mengatakan bahawa anak kecil perlu dibayar zakat fitrahnya oleh ibu-bapa/penjaganya! Adakah pendapat ini sabit dgn nas? Bukankah seseorang itu gugur taklifnya sekiranya beliau belum akil baligh? Jazakallah.

:wassalam

SJ – 3203 : NIAT INGIN BERSAING

:salam

Misal kata kita solat di belakang seorang hafiz yg muda. Kita pun terpegun dgn bacaannya dan hafalannya, maka kita pun berazam "Aku pun nak hafal surah ni!"

Atau kita jumpa seorang muslim yg molek adab dan tatasusila. Maka kita pun berazam, "Aku nak jadi lebih baik dari dia!"

Adakah ini perbuatan tercela? Walaupun amal yg ingin dicontohi adalah berbentuk ibadah yg sangat dianjurkan, semangat bersaing tu yg menjadi kemusykilan saya. Adakah boleh jatuh ke lembah syirik?

:pet

SU-00233: Air Penawar???

:salam
Saya telah beberapa kali menggunakan menggunakan air penawar yang disertakan dengan doa untuk kegunaan menyihatkan badan yang sakit, keterangan hati, ketenangan hati, mengubah sikap dan perangai dan sebagainya. Cara penggunaannya ialah dibuat air minuman dan mandian. Kita juga maklum dalam majlis bacaan Yaasin sering disertakan dengan air untuk dijadikan minuman. Adakah kedua-duanya sama sahaja? Apakah hukum dan dalil-dalil berkaitan dengan perbuatan itu? Terima Kasih. :wassalam

SJ-12-0019: Hubungan dihalang

Saya sedikit musykil..perhubungan yg mengikut lunas Islam memang dibenarkan.Saya sudah berkawan dengan seorang lelaki selama lebih 4 thn dan kami ingin mengakhiri perhubungan itu dgn hubungan yg halal di sisi Islam.Walaubagaimanapun keluarga pihak lelaki tidak merestui kerana menganggap anak lelaki mereka masih muda. Lelaki tersebut berumur 25 thn manakala saya 24 thn.Kami memandang serius perkara ini memandangkan kami mengambil keputusan utk bernikah kerana takut kami akan melakukan perkara yg x sepatutnya.Apakah lelaki tersebut akan dianggap derkata jika dia melawan kehendak keluarganya?

SJ - 3132 : Bayaran zakat fitrah

:salam
Ada beberapa persoalan yg ana musykilkan,
Mana yg lebih afdal!!!!!!
1. Membayar fitrah pd 1 syawal @ sebelum solah aidulfitri adalah sebaik-baiknya. Soalan ana, apakah di bolehkan ana membayarnya di luar khariah @ tempat bekerja ana. ( ana bekerja di Pulau Pinang dan menetap di Bukit Mertajam, dan bercadang utk pulang ke Ipoh pd petang akhir ramadhan)
2..Ayah ana telah dilantik utk menjadi amil di satu kaw. di Ipoh. So..apakah dibolehkan ana membayar fitrah ana & keluarga kpdnya.

SU-00234: Masalah Pemakaian "Ear Plug".

Assala..mualaikum Ustaz-ustaz al-ahkam!
Apakah hukumnya kita memakai Ear Plug(sejenis alat keselamatan semacam span berbentuk silinder/gabus,panjangnya 1 inchi yang digunakan untuk menyumbat lubang telinga yang digunakan dikawasan yang menpunyai tahap kebisingan yang tinggi iaitu yang boleh mencacatkan pendengaran.

Terima kasih