November 2003

SJ – 3126 : HUKUM MELAKUKAN UPACARA “ TEPUNG TAWAR “

:salam

Seperti yang saya tahu ramai orang mengamalkan upacara menepung tawar seperti dalam majlis perkahwinan, membeli rumah baru atau kenderaan baru. bolehkah Ustaz-Ustaz di al-ahkam jelaskan apakah hukum menepung tawar tersebut. terima kasih :salam

SJ - 3144: [G] Aqiqah

Assalamualaikum...ustaz sekalian...
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin...

Abg ipar saya beli kambing utk aqiqah drpd org India tapi bapa dia yg sembelih, selepas sembelih kira² 80% kambing nak mati , terus India tu patahkan tengkuknyer...sebelum sempat menegur India tersebut ... apa hukumnyer...

SJ - 3128 : Bila Mereka yg tidak bersolat Berpuasa...

:salam
Sudah maklum bahawa amal² org² kafir dan musyrik tidak akan diterima.Saya ada terbaca buku Fatwa² Al Utsaimin. Tercatit di buku, itu bahawa org yg meninggalkan solat adalah kafir. Jadi mcm mana pula org muslim yang meninggalkan solat tapi berpuasa, adakah puasa nya itu akan diterima kerana dia seorang muslim? :nari

SU 00232: Cara Rasullulah menyambut 'Eid

:salam
Selamat menjalankan ibdaha 10 akhir ramadhan dan selamat hari raya aidilfitri. Raya pun sudah hendak menjelang, kita sebagai muslim mengambil contoh dari Rasulullah s.a.w. Boleh kah pihak al-ahkam memberitahu tentang cara Rasulullah menyambut Hari Raya 'Eid. Adakah di zaman salaf, org² bermaafan-maaafan seperti trend atau cara org² melayu kita ni, sehingga sudah menjadi ketetapan. Sekian, terima kasih. :clap

SJ - 3161: [Z] Adab makan sambil duduk

Assalamualaikum,
Adakah duduk makan sambil bersila seperti duduk tahiyat akhir dan tangan kiri menahan badan sambil menyuap dengan tangan kanan (duduk bersimpuh) dilarang oleh Rasullullah saw. Saya pernah terbaca satu hadis bahawa Rasullullah mencela perlakuan ini. Kebanyakan style makan ni adalah orang pompuan kerana kain sempit dan tak boleh nak bersila macam lelaki. Selalunya orang tua-tua kita kat kampung yang suka duduk macam ni. Semuga jawapan panel al-ahkam dapat kita sampaikan pada orang tua kita masa balik raya nanti.

Wassalam

SU - 00243: [G] Fiqh Siyyam - Terpancar mani

Ramadhan Mubarak
:salam
post pertama saya.terima kasih Ahkam online atas sumbangan ilmu yg cukup bermanfaat buat umat Islam.

camni..nak tanya:
begini, dlm bulan posa ni kalo kita tgk tv, tiba2 rasa terangsang tgk satu awek cun kat dlm tv tu...terus jadi khayal dan tiba2 terpancar air mani tanpa dpt dikawal(uii parah kalo disekat tu :o)

apakah hukumnyer kalo begitu?

adakah batal posa?

adakah dikira satu dosa krn pi tgk citer2 yg dtgkan ghairah di bulan posa?

kena taubat ke?

isk..cukup sukar nak mengawal nafsu ni yer..

SJ - 3146: [Z] 100 hadis popular tetapi dhaif dan palsu

:salam

Soalan saya macam ni, hadis2 yang dhaif dan palsu tu memang betul2 tak ada ke? Ataupun lafaz hadis tu je yang tak betul tetapi maksud hadis tu betul, maksudnya sebagai contoh hadis no 47 berkenaan solat jemaah yang tak tertinggal satu waktu.....ila akhir...hadis tersebut dhaif dan memang popular sebab selalu gak dulu keluar kat tv3 bila time solat masuk waktu....persoalannya ialah, ada ke hadis yang kata solat tanpa tingggal takbir pertama berjemaah terlepas dari azab kubur dan sifat munafik. LAgi satu, sanad dan matan, keliru maksudnya.

SJ - 3118 : sunnah dalam menyambut hari raya

:salam

boleh tuan ustadz perincikan cara-cara sambutan eid ul-fitr mengikut sunnah? kalau dapat sertakan sekali amalan bid'ah yang biasa berlaku dikalangan umat islam di malaysia semasa menyambut hari raya tersebut.
perhatian pihak tuan didahulukan dengan JZKK.
:wassalam