November 2003

SJ -3176: [G] Jual buku melatih anjing mematuhi arahan tuan

Saya ada seorang kawan yang menjual e-book melalui internet. Setiap buku yang dia dapat jual akan diberi commission (komisen). Masalahnya buku yang dijual itu adalah mengenai bagaimana melatih anjing mematuhi tuannya.
Soalannya, apakah halal duit commision yang dia terima?

SJ - 3133 : [Z] dilema tentang zakat fitrah..

:salam

utk perhatian tuan, sejak ana berada di jepun ini, ana berpegang kpd pendapat bahawa oleh kerana status ana yg masih dalam tanggungan ibubapa, maka urusan pembayaran zakat dilakukan dengan berwakilkan bapa ana di malaysia, mengikut nilai yg ditetapkan di sana.

soalan ana:

1- benarkah apa yang ana pegangkan selama ini?

SJ - 3190: [Z] Hijab dan ikhtilat (percampuran lelaki peremp

:salam

Masalah ini timbul di jepun manakala ada senior saya yg buat usrah bersama dengan orang2 Indonesia dan tidak disertai oleh orang2 Arab.

Orang Arab menggunakan istilah haram dalam percampuran usrah yg mana juga adanya lelaki dan perempuan. Orang malaysia dan Indonesia kata boleh buat camtu. Tapi orang Arab tegas.

Jikalau disebut kelas di Universiti bercampur dia kata tu kelas takpe. Kita kata pulak kan usrah tu satu proses belajar. Bercampur pun bukan bersebelahan2 tapi depan belakang. Insyaallah selamat.

SJ - 3140 : MIMPI , ONANI & JIMAK KETIKA BERPUASA RAMADH

:salam

Kembali kepada soalan 3096, kerana soalan saya tidak dijawab oleh thtl kerana tidak mengetahui maksud teruja.
teruja = terangsang. Jika mengikut soalan sudah dapat diagak maksud perkataan tersebut.
Harap dapat dijawab soalan tersebut.
:wassalam
:sprite

SU - 00221: [Z] Hukum Melagukan Al-Quran

:salam

Ingin bertanya pendapat dari panelis-panelis al-ahkam sekalian;
Apakah hukum melagukan bacaan Al-Quraan secara berlebih-lebihan. Kalau tak silap saya pernah terbaca bahawa Imam Ahmad melarang talhin dalam membaca Al-Quran, iaitu menyerupai lagu, beliau berkata; "Itu bid'ah."

Bagaimana pula pertandingan musabaqah Al-Quran anjuran kerajaan Malaysia setiap tahun?

:wassalam

SJ - 3165: Hadith ker bukan?

:salam

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang....bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.
Adakah ayat di atas merupakan hadith, athar atau pendapat ulama'. Sumber daripada email yang di"fwd" kepada ana. Bunyi hadith seperti mujazafah (melampau). Minta pendapat syaikh2.

:wassalam