November 2003

SU-00217: hukum menagih dadah di bulan puasa

Saya ada keraguan mengenai masalah tersebut. Ada seorang rakan memberitahu saya ( dia telah bertanya kepada beberapa orang ustaz ), bahawa hukum menyuntik dadah(lengan) pada bulan puasa adalah tidak membatalkan puasa, namun ianya tetap haram kerana mengambil dadah. Ini berdasarkan kerana, bukan memasukkan sesuatu kedalam rongga. Adakah betul pendapat ini ?

SU-00218: Lambat sembahyang

Assalamualaikum
Macam saya dekat sekolah jadi pengawas lepas tu habis sekolah saya kena jaga pintu depan sekolah sampai semua habis balik lepas tu kena pergi masuk bilik pengawas sebab ada meeting kadang-kadang saja.Lepas tu kadang-kadang sembahnyang zuhur lambat sikit sebab masa tu pukul 2 lebih ummi saya nanti datang ambil.Pukul 3 lebih baru dapat sembahyang zuhur jadi macam mana?

SU-00216: Sembahyang witir.

Assalamualaikum
Hari tu masa sembahyang terawih saya dengan bapa sembahyang dekat masjid.Lepas tu kan bapa saya buat 8 rakaat.Masa dekat sekolah ustaz ajar buat 8 rakaat lepas tu kena sembahyang witir tapi bapa saya tak sembahyang witir.Saya tanya bapa saya kata tak sambung witir pun tak ada apa tapi ustaz kat sekolah kata kena sembahyang witir.Saya tak faham kenapa ada kata tidak payah lepas tu ada kena kata sembahyang witir tu kena buat macam ustaz dekat sekolah kata?

SJ - 3112: [G] Persoalan munakahat..

Salams...
Saya nak tanya sekiranya ada seseorang isteri yang diceraikan dengan talak dua dan abis waktu ruju' sehingga 3 kali suci hendaklah dengan dinikahkan smula dgn akad baru... so persoalannya adakah lelaki tersebut mempunyai 3 talak baru seperti org baru berkahwin? atau ia masih terikat dgn turutan talak lama ?