November 2003

SU-00202: Tentang Aurat seorang Isteri

[color:brown] [/color] Di sini saya ingin bertanya 2 soalan .

Q1 - Apabila seorang wanita yang sudah bergelar isteri, perlukah ia menutup aurat (memakai tudung) ketika berada di dalam rumah ibu mertua. Dan ketika itu adik ipar lelaki , abang ipar dan sedara mara yang lain turut berada di dalam rumah tersebut.
Q2 - Aurat seorang isteri adakah sama dengan aurat wanita yang belum berkahwin?

SJ - 3084 : Memasukkan Ubat Ke Dalam Dubur Semasa Berpuasa

:salam

Masalah memasukkan ubat melalui dubur juga pernah di sentuh oleh Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, kata beliau :-

.. æåí ÇáÊí íÓÊÚãáåÇ ãä íÔßæ ÇáÅãÓÇß - ßá åÐå ÇáÃãæÑ ÃÑì ÃäåÇ áÇ ÊÝØÑ¡

"....dan termasuklah yang menggunakannya (ubat) bagi mereka yang menghadapi masalah perut tidak lawas - semua perkara saya melihat tidak membatalkan puasa"

SU-00204: Imam solat fardu

:salam

Berkenaan dengan imam solat fardhu. Kalau imam yg mengimamkan solat, kita tak berapa kenal, tapi tahu serba sedikit tentang dirinya.
Dari segi bacaan, kadang2 tu bacaanya dari segi hukum tajwid memang salah (panjang jadi pendek dll). Tentang diri imam tu pulak, tak berapa pasti. Nak cari imam lain, lebih kurang gak. KAdang2 tu rasa macam diri sendiri lagi cantik bacaannya, tapi memandangkan akhlak ni teruk sikit, tu pasal la tak jadi. Lagipun memang takmau jadi imam pun. Masalah sekarang ni imam tu je.

SU-00209: Pasal Khunsa?

Assalamualaikum!
Harap Ustaz dapat bantu saya. Saya baru mendapat tahu seorang rakan saya yang mula cenderung kepada agama merupakan seorang khunsa. Dia lebih cenderung kepada ciri seorang lelaki seperti berpakaian, berjanggut dan sebagainya. Walaupun begitu setiap bulan darah haid keluar melalui kemaluannya seperti biasa. Bagaimana dengan masalah solah, iktikaf dll. Wassalam

SJ - 3088: [Z] Status hadis.

:salam
Saya ingin mendapatkan kepastian tentang hadis-hadis dibawah:-

Telah berkata ibnu Mas'ud : Nabi saw telah bersabda kepada kedua anak Malikah...,,'' ibuku bersama ibumu''(yakni di neraka)
(HR Ahmad)

Telah berkata Anas bin Tsabit : bahwa seorang lelaki bertanya : Ya Rasulullah!Dimanakah tempat ayah saya' Jawab beliau:''Di neraka''.Maka tatkala orang lelaki itu berpaling pergi,dipanggil oleh beliau sambil bersabda: ''Sesungguhnya ayahku dan ayahmu di neraka''.(HR Muslim)

SU - 00201: [G+J] Hadith daif - syarat amalkan

:salam

Kita sering mendengar pendapat mengatakkan hadith daif tidak boleh dijadikan hujjah tetapi boleh diamalkan. Kekeliruannya, adakah semua hadith daif boleh diamalkan tanpa beserta syarat2(jika ada) yang ditetapkan oleh ulama-ulama hadith.

Keduanya, apakah benar terjadinya debat diantara Syeikh Al-albani dengan Syeikh Ramadan al-buti berkaitan kitab yang dikarang oleh Syeikh Ramadan (Fiqh Sirah). Jika benar, bukan niat ana utk melaga-lagakan pengikut-pengikut kedua syeikh besar ini..

:wassalam

SJ - 3087: [A] Masalah zihar

:salam
Saya nak tanya tentang masalah zihar.

Isteri saya bertanya adakah telinganya macam telinga anak perempuan kami. Lalu saya menjawab "ya, macam ni la (salmbil merujuk kepada telinga anak perempuan kami). Adakah kenyataan sedemikian boleh menyebabkan zihar. sekian

SU-00193: doa

assalamualaikum,

apakah hukum seseorang mendoakan agar dirinya atau diri org lain agar meninggal dunia segara?.
Umpamanya dia mendoakan dirinya agar meninggal dunia segara ekoran dari tekanan dalam diri yg tak dpt di atasi.
Manakala dia mendoakan org lain meninggal dunia segara kerana tidak sanggup melihat penderitaan org tersebut menanggung penderitaan spt penyakit kronik.

wassalam.