November 2003

SJ - 3078: Buasir di bulan puasa Semasa Mencuci Qada Hajat

Ada pendapat mengatakan batal puasa sekiranya memasukkan buasir semasa bersuci qada hajat di siang hari. Sekiranya buasir pada asalnya adalah tidak keluar, dan hanya keluar semasa buang air dan dimasukkan semasa dicuci apa pula hukumnya. Apa pendapat ustaz?

SJ - 3075: [G] Azan tak tepati waktu

Mengikut jam saya (yang saya yakini betul waktunya) dah masuk waktu Subuh tapi surau berdekatan rumah saya belum lagi kedengaran azan, 3 minit selepas itu baru azan diazankan. Soalan saya adakah saya perlu berhenti makan mengikut jam saya atau boleh terus makan sehinggalah saya mendengar azan? Pada petangnya saya berbuka puasa di masjid. Jam saya menunjukkan lagi 3 minit (saya yakin jam saya betul) untuk berbuka tapi muazzin telah melaungkan azan. Adakah saya perlu tunggu lagi 3 minit atau saya boleh terus berbuka sebaik mendengar azan?

SU-00207:wanita & keputihan

assalamualaikum..
saya ade beberapa kemusykilan:
1)adakah sah solat sekiranya kita memakai seluar dalam yg mengandungi keputihan?
2)adakah perempuan yang memakai seluar itu menampakkan bentuk tubuh badan yang dilarang oleh Islam?

harap dapat penjelasan mengenai ini. Terima kasih!
wassalam. :2haa

SJ - 3124: Al-Farabi dan Ibnu Hazm

:salam

Bolehkah pihak ahkam.com memberikan maklumat tentang ulama Al-Farabi? Seperti latar belakang nya dan buku² yang di tulis oleh nya? Dan juga Ibnu Hazm kerana saya ada baca sebuah buku, dimana Nashiruddin Al-Albani ada memberi komen tentang Ibnu Hazm, tetapi tidak begitu detail untuk saya memahami nya :(Jazakallahu khair pada siapa yang sudi hendak memberikan maklumat tentang ulama² tersebut. Syukran :before

SU-00190: -Mengumpat yang dibenarkan syarak

Saya ada mendengar tentang tempat-tempat yang dibenarkan untuk kita mengumpat, yang dinyatakan oleh imam Ghazali kalau tak silap saya. (bolehkah sertakannya sekali sebagai ulangkaji?) Salah satunya ialah ketika menceritakan masalah kepada qadi' untuk mendapatkan hukum. Bagaimana pula jika menceritakan masalah itu kepada rakan yang baik ilmu agamanya untuk tujuan yang sama? Bolehkah tolong huraikan sekali untuk yang lain-lain?

SJ – 3137 : KEWAJIPAN MENEGUR KEMUNGKARAN

:salam

Q1. Apakah kewajiban seseorang untuk menegur rakan-rakannya yang melakukan maksiat (contohnya mendedahkan aurat atau mengumpat dll), walaupun beliau kurang arif dalam hal agama tetapi mengetahui perbuatan mereka itu mendatangkan dosa?
Q2. Apakah kaedah terbaik atau sesuai untuk menegur atau berdakwah kepada rakan-rakan yang hanyut dengan dunianya?
Q3. Jika kita tidak menegur atau mengubah kemungkaran yang berlaku didepan mata walaupun mampu, adakah berdosa? Bagaimana pula jika kita sendiri meredhainya atau kelihatan seakan-akan redha perbuatan itu berlaku?