November 2003

SU-00191: Hukum hantar kad krismas dsb.

:salam
Q1. Apakah hukumnya jika seorang muslim menghantar kad perayaan bukan Islam seperti Krismas, Tahun Baru Cina, Deepavali kepada rakannya yang belum Islam?
Q2. Bolehkah seorang muslim menyambut perayaan-perayaan tersebut bersama mereka? Bagaimana pula dengan valentine?
TQ.

SJ - 3172: [G] Dosa dedah aurat & renung mata

:salam
Q1. Sebesar manakah dosa seseorang yang sentiasa mendedahkan auratnya ketika keluar dari rumah? Bolehkah berikan bandingan dengan dosa-dosa lain?
Q2. Bolehkah seorang lelaki muslim merenung mata atau bertentangan mata dengan seorang wanita muslim yang bukan mahramnya bila hendak bercakap dengannya? Apakah adab-adab yang mesti dipatuhi bila berinteraksi dengan mereka yang berlainan jantina? TQ.

SJ - 3171: Perihal hudud dan perlaksanaannya

:salam
Q1. Apakah hukum melaksanakan hudud dan Qisas atau lain-lain hukum Allah? Siapakah yang bertanggungjawab melaksanakannya?
Q2. Apakah kategori dosa (eg. besar/kecil) tidak melaksanakan hukuman hudud dan menggantikannya pula dengan hukum ciptaan manusia?
Q3. Jika sebuah negara yang demokrasi tidak melaksanakan hudud dan qisas, siapakah yang mendapat habuan dosanya?
Q4. Apakah hukumnya seorang Muslim yang cuba menghalang perlaksanaan syariat Islam?

SJ - 3102: {G} Anak angkat yang Soleh

:salam
Menurut satu hadith, amalan kita akan terhenti apabila kita mati kecuali tiga, salah satu daripadanya ialah doa anak yang soleh. Persoalannya, jika seseorang itu tidak mempunyai anak kandung tetapi mempunyai anak angkat yang dididik dengan baik, bolehkah ia tergolong dalam yang disebutkan oleh hadith tersebut? TQ

SJ - 3076: [U] Jamak/Qasar bila byk persinggahan

assalamualaikum,
saya ingin bertanya lebih lanjut lagi tentang perkara solat Jamak/Qasar ini. Saya bekerja di Batu Pahat (Johor) dan telah bekerja di sini lebih kurang 2 tahun. Kg halaman saya adalah di Sabak Bernam, Selangor. Biasanya apabila memandu, saya akan singgah dan bermalam di Klang,selangor sebelum terus pulang ke kampung.Persoalannya :-

i) Bolehkah saya melakukan jamak/Qasar solat di kedua2 tempat ini, iaitu klang dan juga sabak bernam(jarak keduanya 120km).

SJ - 3077: Rampai perihal aurat

:salam
Q1. Jika seseorang itu menutup auratnya semata-mata kerana mengikut perkembangan fesyen terkini dan tidak terlintas padanya untuk melakukannya kerana Allah, adakah beliau mendapat pahala ibadat atas perbuatannya itu?
Q2. Jika seseorang itu bekerja dalam keadaan mendedahkan aurat dan mendedahkan aurat adalah antara sebab mengapa beliau mendapat pekerjaan itu, (eg. pramugari atau penyanyi) bolehkah rezekinya dikatakan sebagai rezeki yang halal?