November 2003

SJ - 3122 : Mengaminkan Doa Seseorang - status hadis

:salam

(i) Mohon semakkan hadis ini:

Riwayat Imam Hakim dengan kriteria Imam Muslim,"Tidak berkumpul sesebuah kaum, sebahagian dari mereka berdoa dan sebahagian yang lain mengaminkan, kecuali Allah akan memustajabkan doa mereka."

(ii) natijah hadis di atas.

T.kasih

:wassalam

SU-00205: Kemusykilan Solat Witir

:salam

Minta jasa baik para panelis Ahkam untuk menjelaskan tentang solat witir. Biasanya, di bulan ramadhan, surau akan menamatkan solat tarawikh 8 rakaat dengan witir. Persoalannya, jika ada dikalangan makmum yang ingin menyambung ibadah solat sunatnya sebelum masuk waktu subuh, perlukah dia "membuka solatnya" dengan witir juga seperti yang diamalkan di Malaysia ni? :confused:

jazakallahukhair
:wassalam

SJ - 3158: [Z] Pembahgian daging korban yang dinazar

:salam
Saya telah bernazar untuk korban daging sebahagian tetapi yang dimusykilkan bagaimana saya akan bahagikannya. Berapa bahagian untuk orang miskin, berapa bagi orang biasa dan adakah dapat saya gunakan untuk keluarga saya sendiri? :wassalam

SJ - 3129: Soalan 3087 - Zihar

Setahu saya, zihar adalah apabila disertakan dengan perasaan tidak suka (marah, geram, benci dsb) terhadap isteri. Sebagaimana Arab jahiliah yang menziharkan isteri kerana marah, dan menjauhkan diri dari isteri. Kerana itu ada ayat Quran memgatakan penzihar ini menipu diri sendiri.
Sekiranya sebutan kerana sayang, tidak mengapa.
Itulah ilmu yang sampai kepada saya, malah itulah yang diajar di sekolah sekarang ini.
Wallahua'lam.
:wassalam :sprite

SJ - 3091 : [U] Fadhilat 3 Bulan (Rejab-Syaaban-Ramadhan)

:salam

Yang Mulia Ustaz,

Saya pernah terbaca satu artikal ayang dikeluarkan di salah sebuah universiti Islam kat KL ni.. ianya berhubung dengan fahaman masyarakat sekeliling terhadap fadhilat 3 bulan tersebut:

1) artikal tersebut menyebut penyataan yang mengatakan (Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Muhammad s.a.w & Ramadhan bulan Umat Islam) adalah dusta semata2 dan tiada langsung sebarang dalil yg mengatakan seperti itu.. Boleh ustaz huraikan sedikit?

SU-00206: persoalan tahiyat & haid wanita

:salam

Salam Ramadhan...soalan saya ialah:

1. Semasa tahiyat awal/akhir megapakah kita mengangkat jari telunjuk dan bila(pada bacaan apa) sebenarnya kita mesti mengangkat dan menurunkan telunujuk itu?

2.Saya ada mendengar org cakap yg orang perempuan wajib membasuh semua haidnya(dr tuala wanita)kerana darah itu akan dituntut di akhirat kelak, benarkah begitu?

Terima kasih :cool: :2guin

SJ - 3103: Wajib di lakukan atau tidak

Di sini saya ingin meminta pihak saudara memberikan jawapan tentang kemuskilan dalam kes saya ini. soalannya bergini :

Q1 - Ada setitik darah yang berwarna lembut(pink lembut) keluar bersama lendir dan apabila di tunggu darah tersebut tidak keluar lagi. Contohnya: Ia keluar pada waktu malam, dan ditunggu sehingga waktu siang dan masih menunggu sehingga waktu Zohor, darah atau lendir tidak keluar. Perlukah saya melakukan solat seperti biasa atau mandi wajib. Bagaimanakah?
Q2 - Dalam kes tersebut , perlukah saya berpuasa ??

:( :confused:

SJ - 3094: Solat sunat terawih...(kerja Syif)

:salam

saya mempunyai persoalan...untuk pengetahuan ustaz saya bekerja shift pukul 7-3, 3-9 dan 9-8...yang menjadi masalahnya apabila tiba bulan ramadhan terlepaslah peluang saya untuk bersolat terawih jika saya bekerja petang dan malam..persoalannya boleh tak saya melakukan juga solat sunat terawih dgn mengambil sedikit masa bekerja saya? Kerana kekadang saya keliru antara tanggungjawap pada kerja atau untuk merebut pahala ALLAH...? harap ustaz boleh membantu....
:wassalam

SU-00220: musykil sesangat!!!!

musykil-musykil...
1- adakah vaginal discharge warna kuning yg keluar diakhir-akhir menstruasi tapi tak berbau spt drh haid itu masih dianggap sbg drh haid?
atau-apakah kriteria darah haid sebenarnya dan bagaimana secara pasti menentukan sudah suci dari haid jika masih ade cairan kuning but tak berbau spt drh haid diakhir-akhir waktu menstruasi?
2- adakah bahagian bawah dagu sebagian aurat perempuan yg wajib ditutup?