November 2003

SJ - 3142: [G] Kesan Haidh yang tidak tanggal...

:salam
Sekiranya pakaian seorang wanita itu terkena darah haidh. Dan setelah dicuci dengan pelbagai cara (rendam, dry clean, sental etc) kesan darah tersebut masih juga tidak hilang. Mungkin kerana jenis fabric kain yg tebal atau kotoran dibiar terlalu lama. Persoalannya, sahkah jika kain ini dibawa utk solat?

:wassalam

SJ - 3117 : [Z] Di sekitar tafsir - surah Al-Faatir:32

:salam

"Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih diantara hamba-hamba Kami, lalu diantara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan diantara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah.Yang demikian itu itu adalah karunia yang amat besar. "
(alFatir:32)

Minta sesiapa yg sudi utk menjelaskan siapakah mereka yg menzalimi diri mereka sendiri dengan Quran dan cara2 mereka berkelakuan sedemikian
:confused:

SJ - 3120 : [G] Solat sunat Witir

:salam
Mohon bantuan ustaz-ustaz di al-ahkam utk memperjelaskan berkaitan subjek ini.

1. Makmum yg selesai melakukan solat tarawih 8 rakaat kemudiannya mengerjakan sunat witir tapi mengikut imam yang meneruskan solat tarawih i.e niat witir tapi ikut imam tarawih. Apakah ini dibolehkan?

2. Mengerjakan solat witir 3 rakaat dgn satu salam. Adakah perlu duduk (tahiyyat awal) pada rakaat ke 2 sebelum meneruskan rakaat ke 3?
Sekiranya kaedah No. 1 itu dibolehkan bagaimana utk melaksanakannya (berimamkan imam yang bersolat tarawih)?