December 2003

SU-00273: buang kucing

kalau seorang ibu tua, tak mampu nak uruskan kucing yang hari-hari kencing dan berak pada pakaian, apa hukumnya kalau dia buang kucing tu(ditempat yang banyak makanan, cth; pasar ikan)? adakah dia dikira menzalimi kucing tersebut?...kalau ye, apa yang seharusnya dia lakukan?..
jazakallah atas penjelasan yang diberikan.....

SU-00292: nazar

adakah nazar kita yg telah kita niatkan boleh dibatalkan?....apakah syarat2 untuk bernazar....adakah memerlukan matlamat yg khusus?...apakah balasan Allah kepada hambaNya yg mengabaikan nazar yg dilakukan?... :confused: :srug :bingung: boleh berikan syarat2 yg dikatakan sesuatu nazar itu menjadi sah dan wajib dilakukan jika sesuatu matlamat tercapai?...

SJ - 3199 Tidak menyedari istihadah

:salam

Bagaimana andainya ketika satu waktu, saya didatangi haid, lalu saya meninggalkan solat; tetapi setelah 5 hari didatangi (saya bertanya ustazah), ustazah menyatakan itu bukan haid yg sebenarnya, ia adalah istihadah, kerana ia sebenarnya belum mencukupi waktu suci saya. Bagaimana dgn solat yg telah saya tinggalkan... adakah sah andainya saya mengqada'kan semua solat saya yg telah ditinggalkan itu..?
Bagaimanakah kaifiat mengqada'kan solat..?

terima kasih

SU-00272: qadha' solat

:salam

adakah sah solat yg kita qadha'kan.... andainya solat itu dj qadha'kan atas sebab kita baru menyedari solat kita yg terdahulu tidak sah disebabkan sebab2 tertentu.. contohnya... pada masa dahulu.. kita solat... tetapi... pada ketika itu kita tidak menyedari solat kita tak sah... disebabkan wudhu' kita tak sempurna.. contohnya .. jika dulu.. andainya masih ada benda yg menghalang air drpd mengenai kulit... kita tetap berwudhu'(kerana ketika itu kita tidak mengatahui hukumnya..)

terima kasih...

SJ - 3200: Masalah haid & ke mana perginye mani?

Sebenarnya saya mempunyai masalah kedatangan haid yg tidak teratur.. lebih kurang 3 – 4 tahun saya tidak didatangi haid.. lama bukan… saya pernah ke hospital dan klinik untuk menyelesaikan masalah ni.. selepas ke hulu ke hilir di hospital.. saya diberi pil dimana bila saya makan pil tu.. baru saya datang haid.. habis ubat.. dah tak keluar lagi.. saya sekali lagi buat pemeriksaan di hospital lain.. saya sekali lagi diberi pil yg lain.. doctor suspek saya hyper tension.. siap CT scan lagi.. utk apa.. saya tak tau.. yg saya pelik.. bila saya makan pil tu.. kepala ni macam nak pecah..