December 2003

SJ-11-0009: Waktu bekerja dan wang gaji

Assalamua'laykum, saya merupakan seorang pekerja di sebuah kilang di sini dan saya mengalami sedikit kebuntuan dan saya rasa ini mungkin bukan sahaja di kilang saya.

1. Contohnya saya bekerja untuk 6 jam sehari, di takdirkan untuk beberapa hari di tempar kerja tiada apa yang perlu di lakukan, jadi saya pun pergi ke masjid berdekatan untuk membaca buku dan lain-lain hal sewaktu menanti kerja yang yang di buat available. Adakah wajar tindakan saya dan adakah wang yang saya terima semasa tiada di tempat kerja itu halal.

SU-000270: haid & istihadah

assalamualaikum...

1..boleh tak saudara jelaskan bila kah tempoh yg dikatakan seorang wanita itu dikatakan benar2 telah suci drpd haid..?

2..andaikata tempoh suci seorang wanita itu... kurang drpd 15 hari.. dan kemudian dia telah didatangi semula darah berwarna merah seakan2 darah haid.. adakah itu dikira istihadah? dan jika benar ianya istihadah... bagaimana kah utk mengira tempoh istihadahnya telah tamat... seandainya darah itu sentiasa keluar secara berterusan.... tanpa henti...

SJ - 3205 : Memanjangkan Bacaan Takbir

:salam

Apakah memanjangkan ucapan takbir ketika hendak sujud, ketika bangun dari sujud dan ketika bangun dari rakaat kedua untuk memulakan rakaat ketiga dibolehkan. Ataupun perlu diucapkan seperti biasa tanpa memanjangkan ucapan takbir "Allahu Akbar" itu.

:wassalam

SU-00275: Mainan Untuk Kanak-Kanak

:salam
Apakah hukumnya membeli & menyimpan permainan untuk kanak-kanak yang berupa binatang seperti teddy bear dan sebagainya. Adakah ia diharuskan kerana tujuannya hanya sekadar sebagai barang mainan.

Bagaimanakah pula jika barangan perhiasan yang berupa binatang/patung dan diletakkan di tempat mulia seperti di atas almari atau digantungkan dan sebagainya. Apakah hukumnya.

:wassalam

SJ - 3191 : Keluar Saf Selepas Mufarakah

Assalamualaikum,
Merujuk pada SJ-3185 Mufarakah Lagi, saya nak tau bagaimanakah kaedah kita nak keluar dari saf, maksudnya selepas kita dah habiskan solat sedangkan jemaah lain masih bersama imam yang baca panjang tadi. (Kita pula ada hal mustahak - yang diharuskan bermufarakah). Katakan kita di saf tengah-tengah iaitu keliling kita depan belakang kiri kanan ada orang. Tak pe ke kalau kita lintas saja atau kuak-kuak orang didepan atau belakang kita untuk membolehkan kita keluar. Rasa-rasa pernah baca dalam soal jawab feqah al-ahkam tak boleh lintas depan orang solat.

JKK

SJ - 3232: [G] Makanan haram yang sedikit

:salam

Adakah benar pendapat yang mengatakan tidak mengapa jika sedikit sahaja makanan haram (seperti alkohol) tercampur dengan makanan? Saya bertanya kerana saya berkongsi dapur dengan orang bukan Islam dan kadang-kadang makanan saya terkena sedikit bekas makanan mereka seperti di atas meja dan dalam peti sejuk.