December 2003

SJ - 3186 : [G] SAHIHKAH - Lupa hafalan Al-Quran, berdosa be

:salam

Ana ada sedikit kemusykilan...

Sahihkah haditsh yg menyebut :

"Dosa yg paling besar ialah dosa apabila seseorang itu menghafaz sepotong dari ayat Al-Quran , dan kemudian, dia melupakannya"

Bagaimanakah pula seanadinya ORG itu TER lupa?

WA

SJ - 3187 : [G] MENDERMA ORGAN

:salam

Ana ada sedikit kemusykilan...

Bagaimanakah Islam memandang permasalahan MENDERMA ORGAN kpd org lain?

Cthnya ada org yg hampir mati lalu ingin menderma ORGAN yg tertentu kpd org lain kpd org lain sesudah dia mati... Tak mengapakah begitu? Bukankah keseluruhan tubuhnya perlu ditanam di dalam kubur secara bersama?

WA

SJ-13-0035: HUJAH talfiq

:salam

Ana ada sedikit kemusykilan...

ok, mengenai permasalahn TALFIQ dan TAQLID ni, mmg dah lama dibincangkan dalam Al-Ahkamn ni... Dan ana pun tak bercadang untuk mengemukakan soalan itu pada ustaz sekalian...

Soalan ana ialah... :

Terdapat segolongan org yg cukup BERTEGAS untuk mengatakan bahawa TALFIQ itu tidak boleh... Jadi, bagi golongan yg mengamalkan TALFIQ ini, APA HUJAH YG PERLU DIKEMUKAKAN KPD GOLONGAN ANTI-TALFIQ itu?

WA

SJ - 3197 : Liang lahad....

:salam

Betul ke,orang tua-tua kata bahawa jika kita meninggalkan kubur tanpa penghuni(mayat le tue..)perlu digantikan dgn batang pisang buat sementara waktu kerana jika ditinggalkan begitu adalah tidak baik(terbaca dalam majalah Mastika)...ada la cerita yang mengatakan bahawa ada 'benda' akan mencari pengganti untuk lubang lahad yang dikorek tue..

SJ-12-0050: Nasihat - Isteri Tegur Suami

:salam

1) adakah salah atau tidak patut seorang isteri menegur sisuami, sekiranya sisuami selalu melewatkan waktu sembahyang? Cara teguran ialah sepert: "Abg. waktu dah masuk nie,..cepatlah solat" dsbnya :confused:

2) apakah sisuami bersalah sekiranya, selalu memaki-hamun isteri?
Dalam hal ini, apa yang perlu dilakukan oleh isteri secara yang terbaik, supaya suami berubah dan sedar? :ooo:

3) selain memaki-hamun, sekiranya sisuami berlaku kasar pada seorang isteri, (sepak / terajang), apa jalan terbaik selain berdoa untuk menasihati suami? :ooo:

SU-00279: Hukum terperinci berkenaan hubungan kelamin ketika

Assalamualaikum sidang Al Ahkam sekalian,

Ini adalah kali pertama saya membuat posting di ruangan ini. Saya maklum soalan semupama ini mungkin telah ditanya, walaubagaimanapun saya ingin mendapat kepastian berkenaan hukum mengenai perkara seperti di atas.

Masalahnya ialah, apakah hukumnya seorang suami mendatangi isterinya pada luaran sahaja walhal isterinya belum mengangkat hadas besar. selepas keringnya haid. Dalam kata lain mengadakan hubungan seks tanpa memasukkan kemaluan ke faraj isteri (sekadar bergeselan di luaran)sebelum isteri mengangkat hadas besar.