December 2003

SJ - 3242: [G] Takbir Muazzin

:salam
Seperti dimaklumkan adalah dibenarkan muazzin mengikuti (menyampaikan) takbir imam kepada manusia, jika ada keperluan melakukannya, seperti imam sakit dan suaranya lemah atau ramai sangat orang yang bersolat dibelakang imam terutamanya solat Juma'at.
Kemuyskilan : Adakah perlu mu'azzin itu menguatkan suaranya (takbir) dengan keadaan masjid itu sendiri sudah dilengkapi dengan sound system?
Apakah hukumnya?
Minta penjelasan ustaz ...Terima kasih

SJ - 3170 : Saudara Baru - ziarah ibu-bapa semasa Krismas

Assalamualaykum.
(harap dpt menjawab dgn kadar segera memandangkan krismas makin hampir)

saya baru sahaja 'join' al-ahkam slps mengetahui dr sorg rakan baik.
saya harap saudara2 dpt membantu saya dalam mempelajari Islam dgn lebih mendalam.

saya baru sahaja memeluk Islam lebih kurang 2 bulan yg lalu.
pada penghujung disember ini saya dijemput pulang utk meraikan krismas bersama keluarga (saya seorg shj memeluk Islam, keluarga yg lain masih Kristian, saya doakan moga Allah memberi petunjuk kpd mereka suatu hari nanti)

SJ - 3166 : Duduk Tahiyyat Pada Solat Taraweh.

:salam

Duduk seperti duduk antara dua sujud dan duduk tasyahud semasa membaca tahiyyat akhir pada solat taraweh, yang manakah lebih afdhal. Ada orang yang selang selikan akan cara duduk ini antara rakaat kedua dan rakaat keempat dan seterusnya. Apakah ada dalil mengenai perbuatan ini.

:wassalam

:confused:

SU-00257: BOLEH TAK NAZAR DIUBAH

:salam

Ana ada sedikit kemusykilan...

Cthnya ana bernazar untuk buat ...bla..bla... bila ana dapat sesuatu benda tu... Setahu ana, tu dah jadi janji yg mesti ana tunaikan seandainya ana betul-betul dapat benda tu ...

Tapi, ada org kata, selagi benda yg kita hajatkan tu masih belum dapat, kita masih boleh ubah nazar kita hatta MEMBATALKANNYA contohnya kalau kita fikir balik yg kita ni rasanya tak mampu nak tunaikan nazar yg kita buat tu..or..kita rasa ada nak buat pembetulan dan perubahan dsb...

Betul ke?

WA

SJ-10-0008: Roti Canai Lagi

Assalamualaikum,

Merujuk kepada SU-000257 ROTI CANAI, perkara ini pernah saya tanyakan pada seorang ustaz dan ia mengatakan semua yang dikatakan "najis" iaitu tahi dan air kencing dari haiwan yang halal dimakan adalah harus dimakan/minum. Termasuklah dalam kes roti canai 'jantan' yang termasuk tahi ayam di dalamnya. Tapi mengikut adatnya tak adelah orang yang sengaja mahu makan tahi ayam walaupun harus dimakan. Kes ini samalah dengan kenyataan TG Datuk Nik Aziz dahulu bahawa tupai halal dimakan tapi sanggupkah kita memakan tupai. Ustaz saya itu bersandarkan pada hadis berikut:

SJ - 3222 : jamak dan qasar

:salam

Saya bekerja dan menetap di Melaka. Dan saya ingin bermusafir dan destinasi saya Bukit Mertajam utk menziarahi mak saya. Saya singgah di rumah mak saya selama 3 hari. (Adakah saya masih boleh melakukan solat jamak dan qasar?)

Selepas tu saya bertolak ke Alor Setar untuk menziarahi mertua saya selama 3 hari. (Adakah saya masih boleh melakukan solat jamak dan qasar?)

Kemudian saya bertolak pulang ke Melaka.

SU-00268: Tukar niat waktu solat.

Assalamualaikum,

Begini,sewaktu solat berseorangan,setahu saya,orang lain yang datang boleh bermakmumkan kita-

dengan beri isyarat-takbir dsb.

dan kemudian WAJIB bagi beliau utk beniat sebagai makmum.

Persoalannya:

1-Saya pernah baca di satu forum-bincang.net di mana ada individu yang mengatakan tidak boleh/tiada -tak pasti mana satu utk kita ,sebagai orang yang makmum ikut gerak geri solat,utk BERNIAT SEBAGAI IMAM.

dengan kata lain,makmum dapat pahala jamaah,imam solat sendiri?

SU-00260: bid'ah

:salam.1st thing 1st, saye nak mintak maap dulu sbb saye x nak gune ayat skema :buttrock..oklah..saye nak tane skit pasal bid'ah nih... adakah terdapat sebenarnya bid'ah hasanah :confused:...sbb bkn ke Allah dah ber firman...setiap yg bid'ah itu tempatnya dlm neraka :before...dan rasulullah juge dah ber sabde ...sesiapa yg menambah2 dlm agamaku maka ia tertolak :bash...tapi macam mane plak dgn memebace al'ma'thurat...dan baru2 nih saye dgr doa qunut mase solat subuh tuh pon dikire bid'ah..

SJ-05-0020 : Apakah dikatakan dengan Tabir Ratuula?...

Assalamualaikum,
Just menambah pengetahuan. Sesetengan pendapat apabila dapat berserta tabir dengan imam. (diawal waktu)..bagaimana pula dengan jemaah yang kedua?..maksud saya jika kita ada keperluan (kerja)..waktu rehat lewat sikit..so kita bersolat berjemaah adakah itu juga dikira dengan tabir ratuula?...Dan yang yang menyatakan jika kita dapat membaca al-fatihah dengan sempurna maka itu juga dikira mendapat tabir ratuula. So harap pihak ustaz dapat kiranya memberi pandangan sekian...wassalam :martialar