January 2006

SJ-05-0102 : Bertakbir selepas fatihah di dalam solat eid

Assalamu'alaikum ustaz,

Seorang imam telah membaca fatihah kemudian baru bertakbir 7 kali pada rakaat pertama solat hariraya aidilfitri (mungkin terlupa). Lepas itu imam tersebut membaca fatihah semula dan surah. Adakah solat hariraya itu sah?

sekian, terima kasih.

SJ-05-0098 : Solat

Ustaz, saya ingin bertanya 2 soalan

1 Sekiranya imam telah rukuk, makmum boleh berhenti baca fatihah di pertengahan surah dan turut sama rukuk. Persoalanya, pada takat mana yang dibolehkan ? Ada ustaz yang mengatakan bahawa boleh buat begini jika makmum menyertai solat ketika imam membaca surah. Bagaimana jika makmum menyertai solat ketika imam baru solat tetapi imam cepat rukuk ?

2. Sekiranya kita solat isyak pada jama' takdim (waktu maghrib) , boleh tak kita sambung solat witir atau perlu tunggu masuk waktu isyak ?

SJ-12-0104 : Hukum zihar

:salam

saya ada satu persoalan....

Adakah jatuh zihar apabila si suami berkata kepada isterinya dengan situasi ni..

Si suami melihat wajah isteri, dan melihat di bawah dagu,nampak mcm isi lebih(gemuk sikit)..lalu si suami berkata...macam ibu dinda jer (sambil menyentuh bawah dagu siisterinya)...

apakah hukumnya....

Dan adakah ibu mentua tak dikira hukum zihar ini...dalam kitab furuk masail..

Penolakan kaedah hasan ligharih di sisi imam attirmidhi adalah dhaeif di sisi Ahmad

Posted by : kristalz

بسم الله الرحمن الرحيم

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستهديه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله صلى الله عليه وعلى اله وصحبه وسلم تسليما كثيرا

اما بعد:

Sebenarnya timbul beberapa pertanyaan dalam diri apabila melihat beberapa kalimah yang terbit daripada beberapa syeikh pentahqiq kurun ini yang seolah2 mengurangi kekeredebilitian gergasi-gergasi para huffaz dan muhaddisin muktabar terdahulu.

Kita biasa mendengar perkataan seperti ‘imam Ahmad mutasahil dalam mengeluarkan hadith dalam musnadnya’ ataupun perkataan yang mutlak seperti ‘alhakim adalah mutasahil’ atau sperti ‘alhakim atau al’ejli adalah makruf mutasahil dalam mentausiqkan perawi majhul’’ dan sebagainya.

 

SJ-13-0138 : Kredibiliti buku2 Sirah & sumber ambilan ce

Salam,

Saya ada beberapa persoalan, ringkas sahaja;

1- Buku-buku fiqh sirah seperti karya Dr Said Ramadhan al Buti, adakah secara umum dipersetujui,atau ada sanggahan dari tokoh lain yang credible? Contohnya seperti waktu keluar hijrah Rasulullah bersama Abu Bakar. Ada yang kata siang,ada yang kata malam. Ada yang kata cerita Ali ganti tempat tidur Rasulullah itu adalah riwayat orang yang pro Syiah dsb.

2- Adakah sesuatu yang sihat, buku-buku sirah ditiadakan nota kaki, untuk memudahkan pembacaan? Dengan kata lain, cerita ini sumber sekian-sekian,ditiadakan.