January 2006

SJ-05-0104 : Soalan Hadis mungkar

Salam...

1. Ust thtl,ana maksudkan dalam soal-jawab sebelum nie khatib memegang tongkat...tegeliat jari2 menaip nie tulis khatib memegang mimar pula :mrgreen: ..jadi soheh yer amalan nie??bolehkah diganti dengan pegang apa2 yang lain...

Ok,soalan ana:
Apa maksud hadis mungkar??yg ana faham hadis mungkar nie adalah hadis yang bertentangan dengan hadis sahih/al-quran..jika betul fahaman ana, minta ust terangkan kenapa hadis nie mungkar

SJ-12-0106 : adakah jatuh zihar?

Assalammualaikum,

Saya ingin bertanya kepada pihak ustaz berhubung permasalahan yang dihadapi.Adakah jatuh zihar bagi situasi seperti ini:

Seorang rakan bertanya dengan seorang lelaki,siapakah wanita di dalam gambar ini? Si lelaki tersebut menjawab"Itu gambar adik aku".Padahal gambar wanita yang dikatakan oleh lelaki tadi adalah gambar isterinya.Adakah jatuh zihar bagi situasi ini?Saya keliru dan benar-benar memerlukan jawapan daripada pihak ustaz kerana khuatir dengan keadaan ini..

Syaikh Abdul Qadir Al Jailani Bermanhaj Salaf

Petikan: "Syaikh Rabi bin Hadi Al Makhdali berkata dalam kitabnya, Al Haddul Fashil, hal.136, "Aku telah mendapatkan aqidah beliau (Syaikh Abdul Qadir Al Jailani) di dalam kitabnya yang bernama Al Ghunyah. Maka aku mengetahui dia sebagai seorang Salafi. Beliau menetapkan nama-nama dan sifat-sifat Allah dan aqidah-aqidah lainnya di atas manhaj salaf. Beliau juga membantah kelompok-kelompok Syiah, Rafidhah, Jahmiyyah, Jabariyyah, Salimiyah, dan kelompok lainnya dengan manhaj Salaf."

SJ-11-0059 : Dana syariah dari syarikat insuran konvensional

Assalamualaikum...

Saya ada kemuskilan pasal islamic insurance premium oleh syarikat insuran konvensional. Setahu saya sebarang konvensional insuran plan adalah haram menurut fatwa yg dikeluarkan oleh majlis fatwa negara. Baru- baru nih, syarikat insuran ini ada mengeluarkan plan atau premium baru yang mereka claim sebagai islamic plan. Contohnya Prudential Assurance Malaysia Berhad dengan Dana al-syariah nya. Jadi saya ingin mendapatkan kepastian dari pihak tuan samada produk-produk seperti ini halal ataupun haram. Terima kasih.

SJ-11-0058 : medical insurance oleh syarikat tempat bekerja

:salam

Tuan panel al-ahkam:

Syarikat tempat saya bekerja menawarkan skim perlindungan kesihatan (medical insurance) yang mana sebahagian besar premiumnya di-subsidize oleh pihak syarikat. Namun pekerja masih perlu membayar sebahagian kecil premiumnya. Ia adalah 'benefit' yg optional kpd pekerja yg berhasrat utk menyertainya bagi menampung perbelanjaan perubatan yg memerlukan cost yg tinggi sprt pembedahan dan sbgnya. apakah ia di bolehkan?

SJ-12-0105 :kemusykilan agama: tanggung dosa & selemah2

:salam ustaz

kat sini ana ada dua soalan:

1: betulkah perempuan yg baligh dah belum kawin lagi dosa yg dbuat olehnya ditanggung oleh bapanya...ana dengar ramai ustaz cakap camni?

2. selemah2 iman ialah mencegah kemungkaran dengan hati. adakah kita berdosa kalau kita hanya mampu cegah dengan hati ::( , tambahan pula pada zaman yang banyak maksiat ni?

wassalam