April 2008

SJ-10-0085 : Organ dalaman binatang tidak sembelih

Assalamualaikum...
kita tahu kalau hendak beli daging mestilah daging binantang ygdi sembelih,tetapi bagaimana jika bahagian dalaman seperti limpa,paru,hati dll adakah sama juga kena dari binatang yg disembelih atau boleh makan dari yg tidak sembelih

SJ-13-0402 : makan tangan kiri

assalam mualaikum wrt...

ana nak tanya sikit pasal makan menggunakan tangan kiri ni, adakah dikira kita makan menggunakan tangan kiri kalau kita makan kedua-dua belah tangan, cthnya seperti makan buger yang mana kita menggunakan kedua2 belah tangan. atau pun yang dikira menggunakan tangan kiri itu jikalau kita menggunakan tangan kiri semata2...?dan apa dalil2 dan hukum nya?

baarakAllah hufik.

SJ-05-0354 : perihal tahiyyat awal..

:salam

jika seseorg meninggalkan tahiyyat awal , solatnye adakah ttp sah ?

sekalipun ditingglkan dlm keadaan bukan lupa , ragu dll tp dgn sengaja tanpa alasan.

sebab setakat pembacaan sy nabi ade tingglkan tahiyyat awl tp baginda kemudiannya ganti dgn sujud syahwi.

sedangkan sujud syahwi pun sunat ab'ad/ haiah je kan ? so , ia sunat je.

jd , bagaimana dgn keseluruhan solat itu ? syukran...

SJ-05-0362 : Berjemaah di rumah, tiada uzur ke masjid

:salam

Apakah sebenarnya hukum meninggalkan solat berjemaah di tempat di mana azan dilaungkan (Masjid atau surau), tetapi mengadakan jemaah kecil yang lain sama ada di rumah atau di pejabat yang mana mereka tiada keuzuran untuk ke masjid atau surau itu.

Contohnya, satu kumpulan daei berkumpul di pusat gerakan yang tempatnya berdekatan dengan masjid untuk tujuan program qiamullail dan kuliah Subuh, apabila masuknya waktu Subuh, mereka melaungkan azan di situ dan mendirikan jemaah di situ tanpa menyertai jemaah di masjid berdekatan.

SJ-13-0399 : masalah dokumen/duit yg ada kalimah Allah

assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakaatuh,
ahli panel yg dirahmati Allah,

ana nak tny, boleh ke kita bawa duit / kad pengenalan pelajar yang ada tercatat kalimah Allah dan Rasul-Nya ke tandas? hal ini menjadi masalah kerana kadang2 brg2 tu penting x bleh nak tinggalkan di luar toilet takut dicuri, jadi boleh ke bawa masuk tandas sekali?

sekian, terima kasih
wassalam