SJ-11-0153 : Masalah Muamalat mengikut kehendak islam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0153 : Masalah Muamalat mengikut kehendak islam

Salam,
Minta pihak ustaz menerangkan kepada saya berkenaan adakah betul/salah tindakan saya seperti yang akan saya terangkan dibawah di sisi agama islam;
Saya adalah seorang pekerja kontrak disyarikat A dan dihantar bekerja di tempat pelanggan majikan saya untuk melakukan kerja yang telah ditandatangani.
Dalam tempoh itu saya memperkenal satu produk minuman bagi mengantikan produk yang lama melalui seorang ketua dibahagian catering(perundingan saya dan ketua bahagian makanan saya buat ketika saya offduty) yang mana dia akan membawa cadangan itu dalam mesyuarat bersama komitee makanan ditempat saya diletakkan bekerja tanpa memberitahu nama saya sebab saya tidak mahu keputusan yang komitee ambil nanti dipengaruhi atas dasar komitee mengenali saya n saya bersahabat dengan mereka..Biarlah keputusan komitee itu berdasarkan penilaian yang adil mereka terhadap produk itu sendiri.
Dalam pasaran biasa saya sepatutnya menjual produk itu dalam nilai yang telah ditetapkan tetapi saya menjual kepada tempat saya bekerja itu dengan satu nilai yang lebih dari nilai yang ditetapkan atas sebab pembayaran yang akan dibuat kepada saya hanya akan diberi selepas 3 bulan dari setiap kali penghantaran dilakukan(Itu bermakna saya perlu menghantar bekalan untuk 3bulan tanpa mendapat bayaran balik n bayaran dilakukan selepas 3 bulan) serta saya perlu menampung kos pengangkutan dari tempat saya membeli ke office ketua catering dan saya mengupah sedikit kepada ketua dibahagian catering ditempat itu sebab dia terpaksa melakukan kerja menyediakan dokumen yang diperlukan...
Jadi adakah situasi yang saya ceritakan diatas menyalahi kehendak Allah n Rasulullah saw?Mohon pencerahan dari pihak ustaz?
Jazakallahu khairan

SJ-11-0153 : Masalah Muamalat mengikut kehendak islam

:wassalam

al-Jawab:

anda hendaklah menyelidiki:

1. Sttatus anda sebagai sebagai pekerja kontrak, apakah anda dilarang dari menyertai tender untuk membekalkan minuman kepada syarikat anda bertugas sekarang?
Jika majikan anda dengan jelas melarang pekerja syarikat baik yang berstatus kontrak atau tetap dari menyertai tender, maka ketika itu anda telah melanggar peraturan syarikat.

2. Penetapan harga barangan yang dibekalkan tidak menjadi masalah kerana ia adalah keputusan Panel penilai tender. Jika AJK tender board mendapati harga yang anda tawarkan berpatutan dengan kualiti minuman yang dibekalkan, maka tidak ada masalah.

3. Upah kepada ketua jab. catering itu hendaklah dipastikan apakah ia akan mempengaruhi keputusan AJK penilai tender kelak. Jika ia akan mempengaruhi keputusan, maka ia adalah rasuah. sekian WA