SJ-1766: Hutang-Piutang

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1766: Hutang-Piutang

Assalamu'alaikum Ustaz,
1. A pernah belajar di UK. Semasa di sana, kerana kesempitan wang, dia telah menggunakan kesemua O/D yang diberi oleh pihak bank di UK. Sehingga tamat belajar, A masih tidak mampu untuk membayar jumlah wang tersebut, walaupun dia ada cita2 hendak membayar hutang itu. Sehinggalah bila dia pulang ke Malaysia, pihak bank di sana, ada menawarkan kepada A untuk membayar hanya 50% dari jumlah hutangnya. Namun A tetap tidak mampu memandangkan gajinya hanya cukup-cukup makan saja & tukaran M'sia & UK terlalu besar meskipun potongan 50% telah diberikan. Tidak lama kemudian A meninggal dunia, adakah keluarganya wajib melangsaikan hutang itu meskipun mereka tidak mampu juga. Dan adakah A dianggap berdosa, segala amalannya tidak diterima dan akan di azab kerana ketidakmampuannya utk membayar hutang tersebut?

2. A ada berhutang wang juga dengan B. Disebabkan keadaan tertentu, mereka terputus hubungan. Namun A tetap ingat hutangnya pada B. Setelah beberapa tahun A cuba untuk menghubungi B berdasarkan pejabat & no telefon terakhir B, memandangkan hanya maklumat itu saja yang dia tahu mengenai B. Namun B telah berhenti kerja dan telefon B juga telah ditamatkan perkhidmatan. Pejabat lama B juga tidak ada maklumat terkini mengenai B. Sebelum mati A ada meninggalkan sejumlah wang dan mengamanahkan ahli keluarganya untuk mencari B. Setelah kematian A, keluarganya masih gagal mencari B walaupun telah mencuba pelbagai saluran. Bagaimanakah cara terbaik utk keluarga A menyelesaikan masalah ini. Adakah dengan menyedekahkan wang itu pada anak yatim & org miskin akan selesai masalah hutang itu? Sekian. Assalamu'alaikum....

Re: SJ-1766: Hutang-Piutang

Jawab:

1. Hutang yg terpaksa diambil oleh pelajar (lebih-lebih lagi yg berhutang untuk tujuan pelajaran/akademik) boleh dimajukan kepada baitul Mal atau pejabat zakat. Ini kerana kita bimbang pihak bank akan menggunakan kuasa undang-undang (tuntutan civil mahkamah) untuk menuntutnya kerana ujudnya kerjasama perundangan di kalangan negara-negara bekas jajahan UK (Commonwealth). Jika pihak berwajib tidak dapat membantu, maka serahkan urusan ini kepada Allah, dalilnya:
HR Bukhari," sesiapa yg berhutang dan berniat ingin melunasinya, maka Allah akan meluluskan niatnya itu."
2. Hendaklah harta itu diserahkan untuk tujuan kebajikan, rumah anak yatim, program mesjid atau apa jua kebajikan awam dengan niat jika si B berjaya dikesan, hutang si B tetap akan dilunasi jua (setelah dijelaskan kepada B atau keluarganya bahawa hutangnya telah diberi kepada sabilillah kerana telah putus harapan menjejakinya). Jika B bertegas hutangnya wajib dibayar juga, maka bayarlah kembali hutangnya dan pemberian pada kebajikan yg terdahulu dianggap sedeqah atau infaq. (Ruj: Irsyad Hukum-Fatwa Mufti Brunei 1999; Dr Syurbasyi, Yas-aluunak) Allahu a'alam