May 2003

SJ-2508: Rampai masbuk

:salam

1. Katakan saya bersolat jemaah. Andaikan solat Isya'. Apabila sampai di saff, saya berada di dalam imam dan makmum sedang sujud rakaat ketiga. Dan kemudian bangun utk rakaat ke-4. Apabila saya mengangkat takbir, adakah saya kena habiskan fatihah, sebab kadang2, imam baca al-fatihah laju.
Adakah sama dgn keadaan di mana makmum patut terus ruku' ketika imam rukuk?

SJ-2496: Rawatan Quran Pusing

:martialar Saya ada menyaksikan satu proses rawatan (Islam?) terkena sihir yang dilakukan oleh seorang warga Indonesia. Rawatannya dipanggil sebagai "Quran Pusing". Cara rawatannya ialah dengan menggunakan Al-Quran yang diikat dengan tali (ditengah-tengah) kemudian dijuntaikan tali diatasnya dan diikat pula dengan satu anak kunci yang berkepala. Pesakit ataupun waris pesakit dikehendaki menyangga/memegang kepala anak kunci dengan menggunakan hujung jari telunjuk manakala disebelah kepala lagi akan disangga/pegang oleh perawat.

SJ – 2482 : SIAPAKAH GOLONGAN YANG TERSELAMAT ?

Assalaamualaikum,

Terima kasih kerana ada yang telah menjawab soalan saya yang lepas. Bukan saya ingin berteka-teki tapi saya rasa ada di sebalik itu yang perlu kita cari. Bagaimana pula dengan sabda Rasulullah, Terdapat 73 golongan dan hanya 1 yang akan masuk syurga. Adakah Baginda berteka teki ? Pada pendapat saya, Rasulullah mahu umatnya berusaha untuk mencari dan menjadi golongan itu supaya terjamin hidup di dunia dan di akhirat.Apa pandangan pihak tuan pula ? Siapakah mereka itu ?

Terima kasih.

SJ-2497: [Re: SJ-2479]: Penggunaan Hadis-Hadis Lemah Bah. 2

:salam

Berdasarkan kepada jawapan ustaz didalam soal jawab SJ-2479: Penggunaan Hadis-Hadis Lemah Bah. 1, kita dapati terdapat beberapa syarat jika mahu mengamalkan hadis dhaif. Soalan saya, adakah salah / apakah hukumnya jika kita mengambil pendirian tidak mahu mengamalkan hadis dhaif?

SJ-2484 : BEKERJA DENGAN SYARIKAT ORANG KAFIR

KFC , McD dsb nya tu kan haram...sebab Amerika yang taukenya... jadi...bgmana pula dengan pekerja melayu-Islam yang bekerja di situ...?? dr segi pekerjaannya dan jugak pendapatannya? adakah semuanya haram? macam mana pulak dengan SYKT-SYKT besar lain yang jugak kepunyaan Amerika, England dsb....?? macam sykt komputer spt Dell, Acer dsb?

wa

SJ – 2542 : BAGAIMANA DIJAWAB SOALAN DARIPADA ORANG BUKAN IS

kita tau yang non Muslim spt Buddha dan Hindu "beribadat" denganm menyembah ptung-patung yang dikatakan tuhan mereka

Jika dahulu...kita mungkin boleh mengatakan mereka bodoh kerana menyembah sesuatu yang mereka sendiri cipta dan ukir...!!!

Tapi kini...ya... mereka masih lagi bodoh...dan selama-lamanya akan bodoh...sehinggalah mereka menerima petunjuk dan hidayah untuk menerima Islam... tapi...jika kita(MUSLIM) berhujah dengan mereka...mengatakan mereka bodoh kerana menyembah patung-patung tu... MEREKA AKAN MENJAWAB :