May 2003

SJ-2564: Berkenaan istinjak dengan menggunakan air

Adakah wajib menghilangkan bau najis pada tangan selepas beristinjak...Saya pernah terdengar bahawa Rasulullah s.a.w. mengesatkan tangannya pada tanah (betul ke ni?). Jika wajib, adakah tangan bersifat najis selagi baunya tidak hilang? :p :p :confused:

SJ-2534: Bolehkah jadi imam?

assalamualaikum ustadz,
1. Bolehkah orang yg berpenyakit istihadhah/salsabul(kencing tak tus) menjadi imam dlm solat berjamaah?, walaupun kemaluan sudah dicuci dan dibalut?

2. Apakah niat wuduk/mandi wajib org seperti ini berbeza dengan org yg sejahtera kesihatannya? ia berniat dengan "..mengharuskan solat". betul kah kenyataaan ini?

SJ-2532: Mazi pada seluar

assalamualaikum ustadz,
1. Bolehkah seseorang yang terkeluar air mazi/wadi lalu terkena pada seluar yg dipakainya lalu solat, walaupun dia sudah membasuh kemaluan dan mengulangi wuduknya tanpa menukar seluar(yg terkena air tersebut)? apakah sah solat saya atau seluar itu perlu ditukar?

2. bagaimana pula jika air mazi itu tiba2 keluar masa sedang solat spt(keadaan orang yg kerap keluar air mazi). bukan disebabkan jima sebelumnya. apakah saya perlu mengulangi solat?

3. apakah mazi itu najis sama spt air kencing?

SJ-2545: hukum darah pacat mengalir semasa sembahyang

:salam, kita ada dalam hutan, pacat ada 10 ekor dekat pelipat belakang lutut. Darah tak berhenti mengalir sampai nak habis waktu. Kita sembahyang dengan darah sedang mengalir dan terkena pakaian. Sah atau tidak. Jika tidak sah macam mana cara mengatasinya. Apakah hubungan dengan Saidina Umar ra yang membiarkan darah bisulnya mengalir ketika sembahyang. TQ. Wassalam. :bee [="brown"] [/] [="yellow"] [/] [="brown"] [/]

SJ-2537: pakaian second hand

assalamualaikum,
saya ketika ini tinggal di luar negara, kadang kala terpaksa berjimat dan salah satu caranya dengan membeli barangan second hand seperti baju. adakah saya perlu menyamak pakaian tersebut walaupun saya tidak tahu samada empunya asal baju tersebut pernah membela anjing atau sebagainya dan kalau perlu bagaimana caranya. thanks

SJ-2611: Aurat & Sentuhan Dalam Hubungan Keluarga

:salam

Apakah hukum aurat (pandangan) dan sentuhan (bersalaman) dengan:

1. Ipar perempuan kepada Ibubapa (Isteri bapa saudara).
2. Sepupu perempuan kepada Ibubapa.
3. Adik-beradik perempuan kepada mertua (Saudara kandung).
4. Sepupu perempuan kepada mertua. Sekian

:wassalam