May 2003

SJ – 2483 : KELIRU DENGAN GAJI @ PENDAPATAN YANG DITERIMA

:salam
semoga Allah merahmati seluruh umat Islam di dunia ini,

maaf sekiranya persoalan dibawah pernah diajukan....

ada beberapa situasi yang pernah di alami oleh diri saya dan juga sahabat2 saya yang amat membimbangkan. Ia berkenaan hasil pendapatan dari syarikat seperti berikut:

Situasi 1: sahabat saya berkerja di syarikat Motorola....yang kebanyakan kita tahu ia adalah kepunyaan yahudi...bagaimana dengan pendapatannya??? (kini dia dah berhenti)

SU - 00052 : HUTANG TIDAK DILUNASI

Semasa saya bersekolah menengah,saya selalu mengambil makanan di kantin sekolah tanpa membayarnya kerana kesempitan duit pada masa itu.Kini,saya sangat menyesal dengan perbuatan itu.Oleh itu,saya ingin bertanya-bagaimana saya dapat membayar hutang saya kepada kantin tersebut dan jika tuan punya kantin tidak lagi beroperasi di sekolah tersebut,adakah cara lain untuk saya membayar hutang?Saya sangat berharap soalan saya dapat dijawab dengan segera.Terima kasih.

SJ-2476: Membersihkan najis mughalazah (SJ-2472 (II)

:salam

Terima kasih kerana menjawab soalan saya. Harap maaf sekali lagi kerana ada soalan yang tidak sepatutnya ditanya. Harap dimaafkan dan ditegur bila ia berlaku.

Situasinya ialah kerana terpijak kesan di jalan raya yang cenderung menunjukkan itu adalah kesan bagkai/darah anjing yg dilanggar berhampiran dengan tempat itu. Saya sebelum itu telah membasuh selipar dan terus memakainya tanpa menantinya kering. Ada kemungkinan memijak kesan itu pada ketika tapak selipar basah.

Soalan:

SJ-2478 : Adab Menguap

Assalamualaikum ahli panel sekelian,
Saya ada terbaca beberapa artikel berkaitan dengan menguap yg mana ada kaitannya dengan syaitan, ini kerana bila sembahyang suka nak menguap pulak..dan dlm artikel tersebut menyatakan nabi saw tak pernah menguap, adakah ada hadis berkaitan menguap ini dan bagaimanakah cara nak mengatasinya..
sekian, terimakasih

SJ-2488: adakah dikira riba?

:salam

Sekarang nie syarikat perbankan maybank (atau juga bank2 yang lain) telah mengenakan caj sebanyak RM 0.50 bagi setiap transaksi yang kelima dan seterusnya dlm bulan tersebut dengan alasan caj perkhidmatan. Adakah ini dikira riba? Sedangkan caj perkhidmatan bagi kad ATM telah pun dikenakan secara tahunan. :confused:

:wassalam