May 2003

SJ-2489: Gambar (illustrasi bercetak) Rasulullah SAW dan par

Apakah pandangan ulama’ muktabar berkenaan dgn ilustrasi (kartun, suara dan sebagainya) tentang batang tubuh Rasulullah SAW dan para sahabat. Contohnya seorang yg ingin membuat filem atau animasi berkenaan dgn sirah Rasulullah SAW. Bagaimana gambaran yg dpt dibuat utk menerangkan kata-kata sahabat dan sabda Rasulullah SAW. Adakah tegahan yg berupa dalil yg shahih drpd Al-Quran, hadith, atau kata2 sahabat? Jzk.

SJ-2494: Air liur

:salam
Satu lagi soalan yang ingin saya tanya. Saya pernah terbaca article menyatakan air liur yang meleleh ketika tidur(air liur basi) adalah najis. Benarkah? Jika benar, perlukah kita membangunkan orang yang sedang tidur jika kita melihat air liurnya meleleh? dan jika kita tersedar dari tidur, perlukah segera membasuh apa-apa yang terkenanya?
Diharap soalan ini tidak keterlaluan. Syukran. Jazakallahu khairan kathiran.
:wassalam

SJ-2509: Gambar Kekasih

:salam
Diharapkan panel di sini sudi menjawab. Apakah hukum merenung gambar kekasih dgn perasaan rindu dan sayang :love sedangkan pemakaiannya di dalam gambar adalah sopan/menutup aurat? Adakah ianya juga dilarang? Diharap panel di sini dapat memberikan jawapannya. Syukran. Jazakallahu khairan kathiran.
:wassalam

SJ-2491: Wifiq (Imam Ghazali RAH?)

:salam
Saya ada terjumpa buku, yg di depannya, dikatakan Imam Ghazali RAH yg mengarangnya. Buku itu adalah berkenaan petua2 wifiq (betul ke ejaannya?) yg dianjurkan oleh beliau. Saya dapati banyak kedapatan wifiq ini, yg berupa kertas2 yg ditulis2 nombor2 atau huruf2 jawi, bahkan doa dan ayat2 Quran utk tujuan tertentu, cthnya di kedai utk melariskan jualan, dsbnya. Apakah hukumnya wifiq ini? Benarkah Imam Ghazali RAH ada mengarang buku berkenaan wifiq ini?

SJ-2495: Lanjutan Perihal Makan Ikan Jerung

:salam

Contohnya : Pengharaman memakan daging babi(khinzir). Pengharamannya adalah disebabkan ta’abbudi.Ini adalah sebab utama .
Sebab kedua, sebab yang ditinjau drp sudut sains (kesihatan ) iaitu di dalam daging babi mengandungi banyak cacing pita(kuman) yang tidak mungkin dibunuh walaupun direbus dengan air panas yang benar-benar panas menggelegak (100 darjah selsius).