May 2003

SJ-2535: Perempuan bermusafir tanpa mahram

:salam

Benarkah perempuan sekarang ni boleh bermusafir tanpa mahram? bagaimanapula jika bermusafir beramai2 cth: perempuan bermusafir seramai sepuluh org, berkereta, dari perlis ke johor utk tempoh lebih dari sehari semalam. perlukah minta izin parent jika tidak menetap dgn mereka i.e. tinggal diasrama atau rumah sewa bersama kawan2 cthnya. ada yg mengatakan keadaan sekarang ini, selamat dan aman bagi perempuan utk bermusafir tanpa mahram / suami. apakah maksud aman disini?

SJ-2521 : Persoalan Tentang Ibadhi Muslim

:salam

Baru-baru ini saya ada terbuka site tentang negara Oman dan menurut fakta yang saya baca, Oman mempunyai majoriti penduduknya yang mengamalkan Ibadhi Muslim . :confused: :confused:

Bolehkah ustaz-ustaz menerangkan lagi tentang Ibadhi Muslim ini dan apakah perbezaannya berbanding Sunnah Wal-Jamaah. :sumo :sumo

:wassalam

SJ-2519: Air mazi keluar selepas solat

Assalamualaikum!
Syukur kepada Allah atas usaha tuan membangunkan laman web ini untuk faedah umat Islam. Saya do'akan semuga Allah memberi balasan yang baik atas usaha tuan. Terasa agak lambat bagi saya menemui laman web ini.

Kemusykilan:
Kerapkali selepas bersama dengan isteri saya, selepas mandi junub dan menunaikan solat (biasanya solat Subuh), kadang-kadang masih keluar cecair lekit daripada kemaluan saya. Walaupun pada awalnya saya memang yakin bahawa saya telah membersihkannya. Adakah sah solah saya atau saya perlu ulangi solah tersebut? Wassalam

SJ-2562: Oral Contraceptive Pill

Saya bakal melangsungkan perkahwinan ketika masih belajar. (dgn kebenaran ibu bapa). Rancangannya adalah utk menggunakan oral contraceptive pill.

Namun kemusykilan saya ialah, saya terbaca dalam buku bahawa kekadang 7 pill free days tu, takkan ada darah (haid). So, pndpt saya, kena teruskanlah dgn solat semua. Betulkah pndpt saya itu?

SJ-2539: perihal Haiwan

Assalamualaikum

Disini ana ada satu kemusykilan mengenai haiwan yg halal dimakan. contohnya kambing...jika kambing itu dibesarkan dengan susu binatang yg haram dimakan contohnye anjing ataupun semasa kecilnye ianya biasa hanya sekali menghisap susu anjing tersebut...bagaimanakah kaedah hukum islam dalam perkara ini? ;)

SJ-2522 : Tentang ziarah Kubur

Assalamualaikum..nak tanya beberapa soalan mengenai ziarah ke pusara/kubur.

1. Apa tertib kita apabila menziarah kubur?
2. Bilakah masa yang paling baik bagi kita umat Islam untuk menziarah kubur? Hari apa? pagi/petang/malam?
3. Dalam Islam, ada tak diterangkan tentang menziarah kubur waktu malam? hadis ke ayat Quran ke...
4. Boleh atau tidak kita bawa orang bukan Islam ziarah kubur orang Islam?

Harap mendapat jawapan.Terima kasih in advance.