May 2003

SJ-2556: Mati kerana cinta dianggap syahid???

Assalamualaikum...
Saya telah membaca karangan astora jabat pada majalah al-Islam bulan Mei, beliau mengatakan bahawa :nabi saw bersabda:barang siapa yang bercinta,lalu dia mati, dan tidak melakukan sebarang maksiat kepada kekasihnya,lalu dia mati syahid. Adakah hadis ini shahih? Adakah apa yang dikatakan oleh astora jabat itu benar? Apakah pendapat al-Ahkam mengenai persoalan ini? :confused:

SJ-2541 : Nampak rambut ketika bersolat

:salam
Saya ingin bertanya lagi, bagi seorang perempuan, apakah perlu mengulang semula solat sekiranya setelah selesai solat, kelihatan 2 atau 3 helai rambut berjuntaian keluar. Rambut ini mungkin sudah terjuntai sebelum solat tetapi tidak menyedarinya (kerana tidak mengemaskini pakaian sebelum solat). Diharap ustaz2 di sini sudi menjawab. Syukran. Jazakallahu khairan kathiran.
:wassalam

SJ-2506: Hukum Karnival TV3

:salam
Saya ingin bertanya, apakah hukum hadir di majlis ilmu/agama dan pada masa yang sama, di sana juga ada majlis maksiat. Ini merujuk kepada Karnival TV3 yang dikatakan 'sure heboh'. Di samping mengadakan program al-kuliyyah :bestnyer, pengunjung juga disajikan dengan hiburan dari artis2. Diharap panel2 di sini dapat memberi jawapan. Syukran. Jazakallahu khairan kathiran.
:wassalam

SJ-2551: Zikir dalam hati tanpa mengira

:salam
Saya ingin bertanya adakah kita boleh berzikir, misalnya menyebut "la ilaha illallah" di dalam hati dan tidak mengira berapa banyak yang kita sebut? Apabila teringat maka kita membacanya sehingga behenti. Ini kerana agak sukar untuk sentiasa memegang 'tasbih', juga kerana khuatir dikata orang hendak menunjuk atau orang mungkin fikir yang kita ini sangat wara'. Diharap ustaz2 di sini sudi menjawab. Syukran. Jazakallahu khairan kathiran.
:wassalam

SJ-2514: Pakaian Mandi

:salam
Setahu saya, mandi tanpa pakaian adalah makruh dan sunat jika berpakaian. Soalan saya:
1. apakah batas2 tubuh yg perlu ditutup untuk mendapatkan pahala sunat tersebut?
2. adakah masih mendapat pahala sunat sekiranya kita menanggalkannya ketika hendak sabun?
Saya harap panel2 di sini dapat memberi jawapan. Syukran. Jazakallahu khairan kathiran...
:wassalam

SJ-2517: Riba - dulu dan sekarang

Dulu faedah pinjaman adalah tinggi sehingga 10% tapi pinjaman kerajaan adalah 4%, maka dikatakan faedah pinjaman kerajaan bukan riba dengan alasan ianya rendah dan sebagai bayaran perkhidmatan saja. Sekarang dah terbalik, faedah bank rendah dari pinjaman kerajaan. Bolehkah dikatakan pinjaman kerajaan sebagai riba dan pinjaman bank bukan riba. Kalau tak boleh apakah justifikasi yang dulu mengatakan pinjaman kerajaan bukan riba.