May 2003

SJ-2552: Istilah-istilah asas

:salam

Alangkah moleknya jika istilah-istilah seperti berikut dapat dijelaskan maknanya:

1) Taqwa
2) Wara'
3) Iman
4) Ihsan
5) Islam
6) Mukmin
7) Fasiq
8) Munafiq
dll

Term ini biasa dipakai di dalam percakapan sehari-harian, tetapi maksudnya yang sebenar masih tidak begitu jelas. Ada memahami makna Taqwa sebagai takut, tetapi takut yang bagaimana. So, dipersilakan para Ustaz menerangkan dengan sejelas-jelasnya istialh2 tersebut.

SJ - 2180 : PANDANGAN ISLAM TERHADAP UFO & NOSTRADAMUS

Assalamualaikum,

Harap ustaz dapat menghuraikan perkara ini:- :martialar

1. Makhluk dari cakrawala lain (UFO) apakah keujudannya ada disebut dalam Al-Quran?

2. Manusia bernama NOSTRADAMUS : beliau diwar-warkan oleh Barat berjaya meramal beberapa peristiwa masa hadapan (ada yang telah berlaku?). Apakah kerelevenan nya bagi dunia Islam?

Terim kasih

Kendil bolong :z

SJ-2512 : Lanjutan masaalah basmalah

sebahagian dari jawapan ustaz Kamin - Membaca Basmalah semasa membaca Al-Quran adalah mustahab (digalakkan), tetapi tidak wajib. Adalah disunatkan jika anda ingin membaca permulaan surah........

Soalan saya,Pada tiap2 permulaan surah melainkan surah attaubah terdapat bismillah,jadi adakah boleh kita tidak membaca bismillah tersebut dan terus baca surah kerana ustaz kata baca bismillah sunat saja.Bacaan bismillah pada surah alfatihah memang sudah maalum.

SJ-2504: haid

Assalamualaikum Wmt Wkt Ahli Panel dirahmati Allah

1.Seorang wanita yang haidnya biasa 7,8 hari, tetapi selepas bersalin pada hari ke 9 ada cecair warna kuning adakah ini bukan haid

2.Wanita yang haidnya 7,8 hari tetapi pada hari 9 darah masih keluar bewarna hitam atau merah...apa yang patut dilakukan. Jzkmllh Wassalam

SU-00050 Duduk tahiyat akhir(iftirashi) rakaat kedua

assalamualaikum,
ustad, bagaimana halnya jika saya duduk tahiyat akhir rakaat kedua kerana terlupa dan teringat pada masa itu saya tersilap duduk sedang saya membaca tahiyat. apa yg saya perlu buat lepas itu ustad? adakah sah solat saya jika meneruskan juga solat sambil di akhirnya saya sujud sahwi?